Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Audio Mirip Anwar, Zahid:...

MARANG - PAS menyifatkan penyebaran rakaman audio didakwa melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri...

Dakwaan Muhyiddin Langgar Arahan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dipakaikan gelang pengawasan COVID-19 oleh...

Kedah Mahu Hapuskan Ladang...

KEDAH akan mengambil tindakan tegas menghapuskan ladang tanaman daun ketum sekiranya ia ditanam...

Peta Hala Tuju Lebih...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia merancang untuk mewujudkan satu peta hala tuju yang lebih...

Jamin Tidak Naik Cukai Korporat Masa Terdekat

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan cukai korporat yang ketika ini pada kadar 24 peratus dalam tempoh terdekat walaupun berdepan kedudukan fiskal yang lemah, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan akan mengekalkan kadar sedia ada itu malah berpotensi dikurangkan jika kedudukan fiskal kerajaan bertambah baik.

“Saya rasa kadar cukai korporat boleh dikurangkan daripada 24 peratus, tetapi ini tentu memerlukan masa,” katanya semasa berucap merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2018 di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah.

Lim berkata kerajaan sedang memulihkan semula kedudukan kewangan kerajaan ke tahap yang baik namun proses ini dijangka memerlukan masa.

“(Pemulihan kedudukan fiskal) ini bukan (dapat dicapai) dalam jangka pendek atau jangka sederhana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lim berkata kerajaan akan melaksanakan pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta cukai pendapatan berjumlah RM37 bilion kepada syarikat dan individu yang terlibat mulai awal 2019.


“Jadi, boleh dikatakan perkara membabitkan pemulangan semula GST dan cukai pendapatan sudah selesai. Jangan buang masa bertanyakan soalan ini (di dalam seminar ini) kerana kerajaan menjamin akan membayarnya semula.

“Kerajaan tidak akan menggunakan walaupun ‘sekupang’ (10 sen) daripada cukai yang dikutip daripada rakyat tetapi akan pulangkannya kembali,” katanya.

SPK adalah program pendidikan percukaian anjuran LHDN setiap tahun yang diadakan sebaik sahaja selesai pembentangan belanjawan tahunan kerajaan.

Penganjuran SPK 2018 adalah yang ke-36 sejak 1974 dan bagi tahun ini SPK akan diadakan di 24 lokasi di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori