Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Tanding 30 Kerusi...

KUANTAN - Pas negeri Pahang akan bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri...

Penoreh Getah Maut Dibelasah...

SIK - Seorang penoreh getah maut selepas dibelasah dalam kejadian yang berlaku kira-kira...

Wanita Catat Rekod Dunia...

WASHINGTON DC - Seorang wanita Amerika Syarikat, Lisa Sparks mungkin mampu mencatat rekod...

Istana Arab Saudi Sah...

ALKISAH sebelum ini sudah ada 'cakap-cakap' dari mereka yang rapat dengan 'koridor kuasa'...

Kerajaan Himpun Data Lebih Tepat Bantu Kumpulan Sasar

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menghimpunkan data lebih terperinci untuk membuat anggaran yang lebih baik mengenai rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 dalam usaha menangani masalah kemiskinan.

Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali, berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sedang bekerjasama bagi mendapatkan data tepat yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

“Sudah tiba masa bagi kerajaan melihat semula perkara ini, dan bantuan seharusnya mencapai sasaran. Dengan mengetahui maklumat lebih terperinci seperti pendapatan, sektor kerja, dan jenis pekerjaan; kerajaan akan dapat memberi tumpuan kepada kumpulan sasaran sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Noor Azlan yang juga pakar ekonomi berkata sementara itu kerajaan sedang menjalankan banyak program meningkatkan dan membina kemahiran di bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HDRF) bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik itu, termasuk memberi tumpuan kepada pemadanan kerja dan kebolehpasaran tenaga kerja.

Noor Azlan berkata adalah penting supaya kemiskinan dibuat pentakrifan semula dan diklasifikasikan dengan lebih tepat, sama ada kemiskinan kekal atau transit.

“Sebagai contoh kumpulan petugas kabin kru yang ramai dalam kalangan mereka hilang pendapatan akibat pandemik yang menjejaskan industri penerbangan; namun sekiranya kumpulan ini kembali bertugas semula nanti, mereka tidak seharusnya diletakkan dalam kumpulan kemiskinan kekal,” katanya. – BERNAMA

Kategori