Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wiko Lancar 3 Model...

KUALA LUMPUR - Pembuat telefon pintar Perancis, Wiko, memperkenalkan tiga model telefon pintar...

Gengster Di Sarawak Tiada...

MIRI - Polis mengenal pasti Sibu sebagai lokasi utama kegiatan gengster di Sarawak...

Nora Danish Tak Ambil...

MEMANG susah menjadi seorang Nora Danish.Apa taknya, ada sahaja perkara kontroversi yang melibatkan...

Zayn Malik Tinggalkan One...

INDUSTRI hiburan Hollywood digemparkan dengan berita Zayn Malik, anggota One Direction mengumumkan mahu meninggalkan...

Kerajaan Harus Ganti SST, Guna Percukaian Pintar

BANGI – Kerajaan harus menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sejak 1 September, tahun lalu kepada sistem percukaian pintar.

Bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram, ketika mengutarakan cadangan itu mengakui masa semakin suntuk untuk kerajaan mengubah sistem percukaian negara, sempena pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya, peralihan kaedah penjanaan pendapatan untuk negara wajar bersandarkan sistem percukaian pintar yang berteraskan model lebih progresif.

“Saya terus membantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), tapi saya rasa SST sendiri banyak kekurangan dan ia patut digantikan dengan sistem percukaian pintar.

“Bagaimanapun, masa sudah suntuk dan saya rasa tiada guna untuk saya komen lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Keempat, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Turut berkenan berangkat pada syarahan itu adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.


Media sebelum ini melaporkan cadangan segelintir pihak supaya GST dikembalikan bagi menampung pendapatan kerajaan, namun diperuntukkan pada kadar permulaan tiga peratus.

Jomo yang juga pakar ekonomi menegaskan, penolakannya terhadap GST dan SST adalah kerana kedua-dua sistem percukaian itu bersandarkan kadar penggunaan serta tidak progresif.

“Untuk merangka sistem percukaian progresif bukan tugas mudah, namun ada banyak pemikiran baharu mengenai sistem percukaian di pentas antarabangsa ketika ini.

“Ramai yang fikirkan (kaedah dan mekanisme percukaian pintar ini), tetapi untuk saya ini (GST serta SST yang tidak progresif) bukan caranya,” katanya. – BH Online

Kategori