Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siapa Kata Zahirah Lemah-Lembut?

KUALA LUMPUR - Jika anda beranggapan Zahirah Macwilson gadis lemah-lembut, nampaknya pandangan itu...

Final AF2014 Janji Kehangatan...

Setelah berlalu sembilan konsert mingguan, akhirnya program Akademi Fantasia 2014 menghampiriƃā€šĆ‚Ā kemuncaknya malam ini...

Sebuah Perahu Dipercayai Karam...

KOTA KINABALU - Sebuah perahu dipercayai dinaiki enam individu karam di perairan Tawau,...

Daniel Lim Antara Perenang...

KUALA LUMPUR ā€“ Perenang Malaysia melayakkan diri ke pertandingan akhir empat acara renang...

Kerajaan Hargai Kartunis, Umum Dana RM2.7 Juta

KUALA LUMPUR – Para kartunis dan pengkarya animasi di negara iniĀ  menerima khabar gembira bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta dalam bentuk pembelian kandungan dan pemberian dana sebagai usaha membantu karya kartun dan animasi tempatan.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata inisiatif ini diambil bagi memastikan karya-karya animasi berkualiti boleh dihasilkan dan seterusnya ditayangkan syarikat televisyen.

Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak

“Kita perlu bersikap proaktif, tidak perlu tunggu saluran baru diwujudkan, baru nak beli content (kandungan). Jadi lebih mudah kita beli dahulu contentnya dan terpulang kepada syarikat televisyen bila hendak menyiarkannya,” katanya.

Sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan bagi membeli karya-karya animasi ini yang secara tidak langsung akan memastikan karya-karya animasi ini dipertontonkan kepada umum.

Tidak terhenti di situ, beliau turut mengumumkan suntikan dana sebanyak RM500,000 diperuntukkan kepada Rumah Kartun Dan Komik Malaysia (RKKM) yang baru diwujudkan pada tahun laluĀ sebagai tempat pemuliharaan dan pameran karya kartunis Malaysia.

Selain itu, majalah Gila-Gila yang sudah berusia 40 tahun dan pernah mencetus fenomena dalam dunia penerbitan negara, juga akan menerima peruntukkan sebanyak RM200,000 bagi mendigitalkan koleksi majalah berkenaan.

“Oleh kerana majalah Gila-Gila ini sudah lama, kita perlu mendigitalkan majalah ini. Kalau perkara ini tidak dilakukan, kita akan kehilangan sebuah khazanah negara.

“Kita tidak boleh sekadar melihat pada masa kini, kita perlu membaca apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Kita sudah tidak boleh bergantung kepada media cetak semata-mata,” jelasnya.

Beliau mengumumkan berita gembira itu ketika menyampaikan ucaptamanya di Majlis Jamuan Makan Malam dan Penghargaan Kartunis 2018 sempena Hari Kartunis Malaysia yang diadakan di Muzium Negara, di sini, sebentar tadi.

Penghargaan Buat Majalan Gila-Gila Sempena Ulangtahun Ke-40

Hari Kartunis Malaysia ini mula disambut ketika pembukaan rasmi RKKM tahun lalu dan tarikh 1 April dipilih oleh golongan kartunis sebagai hari menyambut para pengkarya kartun di Malaysia dan untuk sambutan pada tahun ini, RKKM menjemput Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) untuk berkolaborasi.

Sementara itu, penaung RKKM, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, pihaknya berbesar hati menerima suntikan dana daripada kerajaan itu dan berharap perkara ini dapat membangkitkan semangat para kartunis dan penggiat animasi negara.


Datuk Akmar Hisham Mokhles

“Peruntukan ini sesuatu yang cukup memberangsangkan dan berjaya menaikkan semangat penggiat kartun dan animasi di negara ini.

“Selama ini kita tidak ada pemberian dana khusus kepada mereka dan sekarang ini kita berharap suntikan dana ini akan dapat menyemarakkan kembali industri kartun dan animasi di negara kita,” katanya kepada Mynewshub.

Tambahnya, peruntukan setengah juta ringgit ini akan digunakan sebaik mungkin oleh RKKM untuk mendapatkan karya-karya lama yang disimpan oleh pengumpul kartun ini dan dipamerkan di RKKM yang terletak di Taman Botani Perdana, di sini.

Buat masa ini, lebih 5,000 karya lama dipamerkan di RKKM dan beliau berharap dengan mendapatkan karya-karya dari pengumpul ini, rumah kartun berkenaan akan diisi dengan lebih banyak karya yang boleh dilihat oleh masyarakat.

“Ramai collecter (pengumpul)Ā yang memiliki karya-karya lama ini dan mereka menjaganya dan sekiranya kita nak mendapatkan karya itu daripada mereka kita perlu membayar harga yang agak tinggi.

“Bagaimanapun kita berharap, dengan adanya rumah kartun dan dana ini akan membolehkan kita berjumpa dengan pengumpul ini untuk kita berbincang.

“RKKM juga berharap mereka (pengumpul) akan dapat memberi tanggungjawab kepada kita untuk menjaga bahan-bahan ini yang kita anggap sebagai khazanah negara,” ujarnya.

Antara Penerima Anugerah Kartunis Dan Animasi 2018

Pada sambutan Hari Kartunis Malaysia kali ini, sebuah majlis Anugerah Kartunis Dan Animasi 2018 turut diadakan sebagai penghargaan kepada penggiat animasi yang aktif berkarya dan juga kepada mereka yang banyak berjasa kepada dunia kartun dan animasi.

Selain itu, majlis pada malam tadi jugaĀ diadakan bagi meraikan sambutan ulangtahun ke-40 majalah Gila-Gila. -MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori