Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

6 Tarantula Ditemui Di...

SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura menemui enam labah-labah hidup jenis tarantula di dalam...

Labuan Bersiap Sedia Hadapi...

LABUAN - Pihak berkuasa kesihatan di sini bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan...

Dr Xavier Yakin Peluang...

KUALA LANGAT - Calon Ketua Cabang PKR Kuala Langat, Dr A. Xavier Jayakumar...

Budak 5 Tahun Terperangkap...

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berjaya ditarik keluar daripada sebuah kereta yang...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan Pakar Psikiatri

KUALA LUMPUR – Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar psikiatri dalam usaha menangani masalah kemurungan dan sakit mental di negara ini.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah) berkata langkah itu wajar kerana melihat kepada peningkatan kes berkaitan kemurungan kebelakangan ini yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan banyak pihak.

Beliau berkata laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan 80,000 individu yang kehilangan nyawa akibat bunuh diri setiap tahun.

Mengikut rekod itu, bagi setiap 100,000 orang, sebanyak 11 orang daripadanya bertindak membunuh diri kerana kemurungan di mana ia juga dikesan menjadi punca kematian kedua tertinggi bagi individu berumur antara 15-29 tahun.

Walaupun kajian Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan pada 2009 merekodkan setiap 100,000 orang, 1.2 orang mengambil tindakan membunuh diri adalah rendah, namun masalah itu harus diberi perhatian agar tidak menjadi lebih teruk, katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bebas-Bagan Serai) yang mencelah dan bersetuju dengan cadangan Mas Ermiyati berkata masalah kesihatan mental dilihat sebagai masalah serius kedua selepas masalah jantung.

Katanya, berdasarkan maklumat, negara kini hanya mempunyai 380 orang pakar psikiatri.


Sementara itu, Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan pusat latihan bagi melatih wanita tempatan menjadi pengasuh terlatih yang bertanggungjawab dan berintegriti.

Beliau turut menggesa agar kerajaan melakukan pemantauan terhadap penawaran khidmat asuhan kanak-kanak dalam media sosial.

Kataya, ramai ibu bapa didapati menjadikan media sosial sebagai tempat rujukan mencari pengasuh tanpa meneliti kredibilitinya.

“Saya tengok begitu banyak beroperasi melibatkan aktiviti menawarkan diri sebagai pengasuh. Saya percaya ramai ibu bapa menggunakan laman Facebook atau media sosial sebagai tempat rujukan untuk mencari tempat pengasuh. – BERNAMA

Kategori