Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kantoi Sihir, Amah Dipaksa...

AMALAN syirik menggunakan ilmu pengasih, sihir atau memohon bantuan daripada jin bukanlah perkara...

Sarat Hamil, Budak 12...

SEORANG lelaki dari China ditahan pihak polis selepas menipu usia seorang gadis 12...

Terima Jawatan MB Selangor...

BATU PAHAT - Dewan Ulama PAS mencadangkan supaya parti itu menerima keputusan istana...

BN Tiada Masalah Lawan...

PONTIAN - BN tidak mempunyai sebarang masalah dan dilihat tidak terjejas meskipun bakal...

Kerajaan Diminta Kaji Semula Pelaksanaan E-Hailing – LTAPP

GEORGE TOWN – Sekumpulan pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan perkhidmatan e-hailing yang didakwa menjejaskan punca pendapatan mereka.

Wakil kumpulan pemandu teksi itu, N. Gopal, 72, mendakwa pemandu Grab dilihat masih mengambil penumpang di LTAPP dan tindakan itu melanggar peraturan yang telah ditetapkan iaitu hanya pemandu teksi berlesen dibenarkan mengambil penumpang di lapangan terbang.

“Pemandu teksi LTAPP ada lebih kurang 300 orang, namun apa yang kita lihat sekarang, banyak kehadiran pemandu di bawah syarikat e-hailing mengambil penumpang di lapangan terbang tanpa menghiraukan penguatkuasaan yang ditetapkan.

“Sepatutnya mereka hanya boleh hantar (penumpang) sahaja, bukan ambil (di LTAPP). Malah ada dalam kalangan mereka tidak mempunyai lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV), namun masih mengambil penumpang di LTAPP. Situasi ini tidak adil bagi kami,” katanya kepada pemberita, di sini.

Gopal yang memandu teksi limosin selama 40 tahun berkata selepas pelaksanaan e-hailing pada Julai lalu, punca pendapatannya semakin merosot kerana kekurangan penumpang berikutan terpaksa bersaing dengan pemandu perkhidmatan e-hailing.

“Dulu pendapatan saya boleh mencecah antara RM5,000 ke RM6,000 sebulan. Sekarang nak dapat RM2,000 sebulan pun susah. Jadi, kami mohon kerajaan untuk menilai semula mekanisme pelaksanaan e-hailing ini kerana ia telah memberi kesan ke atas periuk nasi kami…kasihanilah kami,” katanya.


Pada Julai lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya menetapkan tempoh setahun diberikan untuk pelaksanaan penuh perkhidmatan e-hailing termasuk mengenakan syarat baharu dalam perkhidmatan itu.

Antara syarat baharu yang ditetapkan itu ialah semua pemandu e-hailing perlu mendapatkan lesen PSV, membuat pemeriksaan kesihatan, saringan rekod jenayah serta menjalani pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sekali setahun apabila kenderaan melebihi usia tiga tahun dari tarikh didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan. – BERNAMA

Kategori