Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ooi Tze Liang Tempah...

KUALA LUMPUR - Penerjun negara, Ooi Tze Liang menempah slot keduanya ke temasya...

Akibat Ambil Dadah, Bapa...

DADAH merupakan satu malapetaka yang tak mampu kita bayangkan jika seseorang itu sedang...

Pakistan Serang Lokasi Militan...

PESHAWAR, Pakistan – Pasukan tentera udara Pakistan melancarkan serangan udara dan darat terhadap...

Rakan Didakwa Cuba Jual...

KUANTAN - Tindakan seorang pengurus wanita menyerahkan kereta kepada rakannya untuk disambung bayar...

Kerajaan Digesa Batal Dasar Beku Ambil Kakitangan Baru

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mengkaji secara rasional dasar tidak membuat pengambilan baru kakitangan awam bagi mengelakkan stres dan risiko.

Presidennya, Azih Muda bimbang cadangan pendekatan terbaru kerajaan akan menyebabkan beban kakitangan kerajaan sedia ada bertambah dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko.

“Kerajaan kena memahami dengan beban tugas yang bertambah, kerja syif yang bertambah, maknanya kalau dikurangkan lagi kakitangan, maknanya beban akan lagi bertambah.

“Kalau dari segi keselamatan pula, ia juga perlu diambil kira. Macam mana nak kawal keselamatan negara kalau kerajaan tidak berhasrat untuk melantik pegawai baru?

“Mungkin tahap stress lebih tinggi akan berlaku, bukan sekadar kualiti kerja terjejas bila beban kerja bertambah. Mungkin cepat mati, mungkin mudah dapat penyakit, strok, jantung dan sebagainya,” katanya kepada \.

Azih berkata, jika kerajaan merancang tidak mahu mengambil kakitangan baru, maka paling tidak Putrajaya perlu mengganti kakitangan yang bersara atau dibuang kerja.


“Kalau kerajaan tidak mahu tambah kakitangan baru, apakah yang boleh kita buat, itu hak mereka, tetapi kekosongan jawatan bagi pegawai yang bersara, berhenti, meninggal dunia perlu diisi.

“Kerajaan sepatutnya melihat secara rasional keperluan ini. Cuma di tempat yang tekanan kerja tinggi, kerajaan kena juga tambah kakitangan baru sebab teknologi kita belum dapat mengambil alih,” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini yang berkata kerajaan akan meneliti cadangan mengintegrasikan penjawat awam dari jabatan-jabatan lain untuk menampung kekurangan dalam pasukan polis dan kastam.

Mahathir berkata, Malaysia kini mempunyai 1.7 juta penjawat awam dan kerajaan tidak mampu mengambil kakitangan baru disebabkan kekangan kewangan. – FMT

Kategori