Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kejam Campak Anak...

KEJAM dan berhati batu. Lelaki ini, Cameron Brown sanggup mencampakkan anak perempuannya yang...

Siti Nurhaliza Bakal Terbit...

Nama Datuk Siti Nurhaliza dalam bidang seni tempatan bukanlah satu nama yang calang-calang...

Helikopter Hilang: Tiada Panggilan...

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tiada panggilan kecemasan dibuat...

Baling Bom Petrol, Tukang...

PETALING JAYA - Seorang tukang paip dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen...

Kerajaan, BNM Longgarkan Syarat Pinjaman Beli Rumah

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) sedang berusaha melonggarkan syarat-syarat pinjaman khususnya kepada mereka yang sukar membuat pinjaman bagi tujuan pembelian rumah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, usaha tersebut bagaimanapun tidak akan menjejaskan kestabilan sistem kewangan negara dan tanpa meningkatkan tahap keterhutangan isi rumah.

“Kerajaan memahami akan kesukaran orang ramai untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah hanya kerana isu-isu tertentu.

“Justeru orang ramai digalakkan untuk menghantar e-mel atau surat kepada kementerian saya jika berdepan masalah mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank.

“Pihak kami akan memanjangkan aduan tersebut kepada BNM sebagai insititusi yang berwibawa supaya mereka dapat meneliti sekali gus membantu dalam urusan pinjaman perumahan ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Pemilikan Rumah – Expo Hartanah dan Perumahan Malaysia (HOC-Mapex2019) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori