Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Mulakan Cabaran...

KOTA BHARU - Pengayuh basikal warga emas Wan Hashim Wan Mahmood, 70, hari...

Ringgit Tidak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS pada awal dagangan berikutan...

Cadangan Wujud Pemangku Timbalan...

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk meminda Perlembagaan UMNO bagi memasukkan klausa baharu mengenai...

Murid Parah Jatuh Bangunan...

KUANTAN - Seorang pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating di sini, parah...

Kerajaan Bercadang Perkenal Cukai Baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar hutang negara yang tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Ia cukai yang berbeza tetapi akan mengurangkan beban rakyat. Inilah tujuannya…untuk bayar hutang kerajaan,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama sempena Forum Malaysia Dalam Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB di sini, hari ini.

Ketika berucap pada forum berkenaan, Dr Mahathir berkata, kerajaaan perlu melepaskan akses baharu bagi mendapatkan dana untuk menyelesaikan krisis hutang negara.

“Dalam situasi yang sebenar, duit digunakan untuk melabur dan mendapatkan dividen dan kita tahu duit itu dilaburkan di mana. Jika kita tahu duit itu di mana dilaburkan, sekarang kita tidak tahu di mana wang itu berada. Sebab itu kita kena cari sumber lain.

“Ada cadangan supaya kerajaan melepaskan aset seperti tanah dan menjualnya kepada pelabur tempatan. Hasil daripada pembangunan itu, ia akan disalurkan kembali kepada kerajaan,” katanya.

Beliau turut yakin Malaysia mampu bangkit kembali daripada krisis kewangan ketika ini yang hampir sama pernah dihadapi negara pada tahun 1997/1998.

“Krisis 1997/98 kita cari solusi sendiri dan sekarang situasi agak sama. Bila mata wang rendah, ekonomi juga perlahan. Masalah ketika ini ialah kita perlu cari duit untuk bayar hutang yang besar oleh kerajaan sebelum ini.


“Kita yakin kita mampu atasi krisis ini kerana kita sudah tempuhi dan berjaya tangani masalah itu sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir mahu forum yang diadakan pada hari ini mampu menyumbang idea kepada pembentukan dasar kerajaan dan Malaysia kembali menjadi Harimau Asia yang digeruni di rantau ini.

“Dalam lawatan saya ke Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sebelum ini, kita telah berjaya menarik minat pelabur di sana untuk datang ke Malaysia.

“Saya pasti masa itu akan tiba dan ia akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang hutang negara,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa kecewa terhadap pentadbiran kerajaan sebelum ini.

“Saya kecewa terhadap pentadbiran pengurusan kewangan kerajaan terdahulu dan kerja yang perlu dilakukan untuk selesaikan masalah yang ditinggalkan,” katanya. – BH ONLINE

Kategori