Kerajaan Benarkan Pergerakan Penderma Darah

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan pergerakan penderma darah untuk ke hospital dan klinik kesihatan bagi tujuan menderma darah dari 10 pagi hingga 10 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu diberikan berikutan bekalan darah di Tabung Darah Negara berkurangan sebanyak 33 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pusat Darah Negara telah memohon kebenaran untuk beroperasi dan pergerakan penderma darah untuk menderma darah. Mesyuarat telah meluluskan pergerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya dekat sini, hari ini.

Loading...