Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Keluar 144 Saman...

KOTA KINABALU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mengeluarkan 144 saman kepada pengguna...

Bagaikan Berada Pada Tahun...

KUALA LUMPUR - “Seolah-olah berada pada tahun 1957! Itu antara reaksi terhadap sambutan...

Zila Bakarin Satu Keluarga...

BERPAKAIAN baju kurung atau kebaya mungkin menjadi pilihan lazim bagi golongan wanita Melayu...

Pelajar Pusat Kemahiran Maut...

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar sebuah pusat latihan kemahiran maut apabila motosikal ditunggangnya...

Kerajaan Belum Terima Tawaran Maju Ambil Alih PLUS

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya belum menerima tawaran secara rasmi daripada Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju) untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd.

“Kami tidak terima secara cadangan, bagi saya dari kementerian itu tidak terima secara rasmi,” kata Menterinya Baru Bian.

Sebelum ini, The Edge melaporkan Maju Holdings mengemukakan tawaran baru untuk mengambil alih PLUS.

Ia berkata, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan spekulasi bahawa Pengerusi Eksekutif Maju, Abu Sahid Mohamed membuat cadangan itu.

Mahathir berkata, Maju merupakan satu-satunya pihak yang mengemukakan cadangan tersebut.

Menurut The Edge lagi, hanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menentang ambil alih itu, boleh menghalang Abu Sahid dan Maju.

Ia melaporkan sebab di sebalik bantahan Lim itu tidak diketahui.

Maju memang berminat untuk mengambil alih PLUS dan membuat tawaran tersebut sejak pertengahan 2017.


Pada waktu itu kerajaan berkata, ia tidak pasti sama ada cadangan tersebut disokong dengan sumber kewangan “yang jelas dan kukuh”, menurut laporan itu lagi.

Dalam perkembangan lain, Baru berkata Sabah Sarawak Link Road tidak akan terjejas kerana kerajaan memberi keutamaannya kepada rancangan itu.

“Sepertimana saya katakan tadi, ia akan memberi manfaat kepada lebih daripada 100,000 penduduk yang tinggal di pedalaman Miri, pedalaman Limbang dan Lawas.

“Kita juga dimaklumkan jajaran dari Miri ke Limbang, Lawas ke Sindumin itu sudah ada. Hanya kita nak naik taraf itu sebagai lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata sekiranya mempunyai bajet lebih baik, kerajaan akan buka jajaran yang baru yang membawa keuntungan dan kebaikan kepada ramai orang lagi di pedalaman Sarawak. – FMT

Kategori