Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Maut Ditembak Suami...

KANGAR : Seorang suri rumah maut ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis...

Puteri UMNO Pergiat Usaha...

KANGAR - Berdasarkan peranan penting Pergerakan Puteri UMNO dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional...

Kongsi Pengalaman 3 Negara...

PUTRAJAYA - Malaysia akan mendengar dan berkongsi pengalaman dengan United Kingdom, Australia dan...

Jen. Tan Sri Zulkifli...

KUALA LUMPUR — Jen. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik Panglima Angkatan Tentera...

Kerajaan Audit Jumlah Peruntukan Sampai Kepada Masyarakat India

KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara telah diminta menjalankan audit sepenuhnya tentang jumlah sebenar peruntukan kerajaan untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India di bawah Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India (MIB) yang benar-benar sampai kepada komuniti itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy berkata walaupun kerajaan sebelum ini telah mencadangkan pelbagai pembangunan sosioekonomi masyarakat tersebut melalui pelan tindakan itu, namun tidak semua peruntukan sampai kepada rakyat.

“Oleh itu, kerajaan yang baharu telah mengarahkan Jabatan Audit Malaysia membuat audit untuk mencari kebenaran berhubung jumlah yang sebenarnya sampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk C. Sivarraajh (BN-Cameron Highlands) mengenai agenda dan rancangan kerajaan Pakatan Harapan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi masyarakat India pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Waytha Moorthy, jabatan itu telah memulakan audit forensik terhadap Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC), 26 Sept lalu.


Kepada soalan asal M. Karupaiya (PKR-Padang Serai), menteri itu berkata kerajaan telah membelanjakan lebih RM203.7 juta bagi pembangunan masyarakat India dari 2014 hingga 2017.

Beliau berkata melalui peruntukan Belanjawan 2019 nanti, kerajaan PH telah merancang pelbagai agenda untuk meningkatkan sosioekonomi kaum India termasuk memperkasa golongan wanita, meneruskan penglibatan golongan B40 dalam agenda pembangunan negara dan menggalakkan pemilikan rumah. – BERNAMA

Kategori