Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Syarikat Azizan Pula Tuntut...

Richworks Group of Companies yang dimiliki Azizan Osman tampil menuntut penjelasan lanjut Universiti...

MOU K’jaan Dan PH...

Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara...

Heboh Pelangi ‘Paddle Pop’...

WARGA Singapura tengah hari semalam, disajikan dengan keindahan fenomena pembentukan pelangi luar biasa...

Manifesto PH Tambah Beban...

ARAU - Beban hutang negara akan melonjak kepada RM416 bilion jika cukai barang...

Kerajaan Ada Kaedah Jika Ekonomi Global Teruk

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhati-hati namun optimistik dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.8 peratus tahun depan dengan beberapa langkah sudah ditetapkan untuk membendung kesannya jika ekonomi global semakin teruk.

Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan, Johan Mahmood Merican berkata kerajaan telah menetapkan sasaran pertumbuhan yang realistik berdasarkan prestasi ekonomi pada separuh pertama tahun ini.

“Kami akan terus memantau situasi global, terutamanya berkaitan dengan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China,” katanya pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Cukai KPMG di sini, hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan disuarakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa ekonomi global akan terus perlahan dan telah menurunkan kadar pertumbuhan bagi 2019 kepada 3.0 peratus, kadar paling perlahan sejak krisis kewangan global.

“Pertumbuhan terus dilemahkan oleh peningkatan halangan perdagangan dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. Kami menjangkakan ketegangan perdagangan AS-China akan menurunkan kadar KDNK global secara kumulatif sebanyak 0.8 peratus pada 2020,” kata IMF dalam laporan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Sementara itu, Penasihat Bagi Cukai Tidak Langsung KPMG, Datuk Tan Sim Kiat berkata kerajaan bersama-sama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia perlu terus meningkatkan penguatkuasaan terhadap minuman keras dan produk tembakau untuk mencegah ketirisan.


Beliau berkata, kerajaan ketika ini kehilangan sejumlah besar pendapatan cukai daripada dua segmen itu.

Tan turut mencadangkan pihak berkuasa untuk memburu syarikat yang tidak berdaftar untuk cukai pendapatan berdasarkan pangkalan data Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini.

“Semasa regim GST, lebih 470,000 syarikat berdaftar untuknya, malangnya, angka syarikat yang berdaftar bagi cukai pendapatan jauh lebih rendah,” katanya.

Kategori