Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Celah Mana Fitnah, Nama...

INDUSTRI hiburan minggu ini dikejutkan dengan pendedahan panas seorang wanita yang dikenali sebagai Noor Maszura...

Harimau Siberia Di Hungary...

LEGA... Seekor Harimau Siberia di Hungary buat pertama kali mendapat rawatan sel stem...

Helikopter APMM Cari 2...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakan sebuah helikopter untuk mengesan...

Dua Pelajar Terjatuh Longkang...

KUALA LUMPUR - Mayat dua pelajar Tingkatan Satu yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan...

Keracunan Gas Punca Wanita Mati Dalam Bilik Hotel

PULAU PINANG – Polis hari ini mengesahkan bahawa kematian seorang jurujual wanita di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Macalister di sini, petang semalam berpunca daripada keracunan gas karbon monoksida.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pengesahan itu dibuat Dr. Goon Hong Tatt selepas selesai proses bedah siasat terhadap mayat mangsa kira-kira pukul 9.35 pagi tadi.

Beliau berkata, anak lelaki mangsa yang turut ditemui bersama ketika kejadian bagaimanapun masih belum sedarkan diri setakat ini.

“Menurut pegawai perubatan yang merawatnya, kanak-kanak terbabit mengalami kerosakan buah pinggang, hati dan paru-paru akibat tersedut asap dalam kejadian itu,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, dua beranak itu sepatutnya mendaftar keluar dari hotel tersebut pada waktu tengah hari namun gagal berbuat demikian sehingga pukul 2 petang.

Ketika dijumpai, kedua-duanya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selain terdapat bau asap serta sisa-sisa kayu arang dibakar dalam bilik berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori