Keputusan Rayuan Kes SRC Ditangguh

Dari Facebook Najib Razak

PROSES rayuan kes SRC saya sudah selesai awal minggu ini namun hakim-hakim yang bijaksana belum bersedia untuk memberi keputusan.

Keputusan ditangguh mahkamah rayuan kepada satu tarikh yang akan diumum nanti.

Seperti hujah-hujah diberi barisan peguam saya dalam prosiding rayuan, sekiranya keputusan hakim mahkamah tinggi, yang dipindah dari mahkamah sivil untuk ganti hakim kes saya selepas perbicaraan bermula, bahawa saya bersalah dikekalkan maka kekhilafan fakta serta kekhilafan dari segi perundangan kes SRC ini boleh dijadikan preseden perundangan berbahaya yang akan memberi impak negatif kepada keadilan bagi kes-kes jenayah masa depan.

Saya mendoakan keadilan akan timbul dan saya dapat peluang untuk membersihkan nama saya dalam kes SRC sebagaimana kemenangan kita dalam kes lucut harta semalam.

Sudah tentu tempoh sekarang ini amat menguji kepada saya dan keluarga saya, dan saya berdoa ke hadrat Ilahi, insya-Allah apa yang kita harapkan akan jadi kenyataan.