Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

8,876 Calon SPM 2019...

PUTRAJAYA - Seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 memperoleh...

AADK Terengganu Tumpu Nelayan...

KUALA TERENGGANU - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Terengganu memberi tumpuan terhadap golongan...

3 Individu Sekali Lagi...

PUTRAJAYA - Pengarah Felda Investment Corporation (FIC) dan dua bekas ahli lembaga pengarah syarikat itu sekali lagi hadir ke...

Gagal Curi Wang Surau,...

JOHOR BAHRU - Sebuah buku agama dibakar dipercayai oleh penjenayah yang berang kerana...

Keputusan PRK Sungai Kandis, Isyarat Rakyat Tolak PH

SHAH ALAM – PAS Selangor menyifat keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis semalam, memberi isyarat rakyat menolak Pakatan Harapan (PH).

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata ia kerana peratusan keluar mengundi yang rendah menunjukkan rakyat mula hilang minat untuk mempertahankan PH sebagai kerajaan.

“Keputusan PRK Sungai Kandis walaupun memihak kepada PH tetapi jelas ia memberi isyarat bahawa rakyat sudah mula menolak PKR dan gabungannya.

” Peratusan keluar mengundi yang kecil iaitu 49.4 peratus sedangkan hari mengundinya pada hari Sabtu turut menunjukkan rakyat mula hilang minat mempertahankan PH, kerajaan yang baru berusia tidak sampai 100 hari itu,” katannya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata keputusan PRK itu turut menunjukkan pembangkang berjaya membongkar kelemahan PH apabila pengundi protes untuk tidak keluar mengundi atau mengundi calon BN.

Semalam dalam pertembungan tiga penjuru PRK Sungai Kandis, menyaksikan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni memperolehi 15,427 undi menewaskan calon BN Datuk Lokman Noor Adam (9,585 undi) dan calon Bebas K. Murthy (97 undi).

Dalam pada itu, Roslan Shahir berkata sebarang usaha menyatukan tenaga pembangkang dalam menghadapi PH dilihat suatu usaha yang relevan dan disambut baik oleh rakyat.


Katanya, kepentingan memperkasakan suara pembangkang khususnya di Selangor menjadi agenda penting dalam memastikan berlaku proses semak dan imbang terhadap pentadbiran negeri.

“Kerjasama pembangkang seumpama di PRK Sungai Kandis sewajarnya diterus dan dipertingkatkan pula dalam PRK DUN Seri Setia agar agenda memperkasakan suara pembangkang bakal menjadi realiti,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan akan memberikan laluan kepada PAS untuk bertanding dalam PRK DUN Seri Setia nanti.

Beliau berkata langkah itu dibuat kerana menghormati dan menghargai pengorbanan parti Islam itu yang telah memberi laluan kepada BN dalam PRK DUN Sungai Kandis. – BERNAMA

Kategori