Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rais Tegur Sikap Ahli...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim pada...

Mayat Lelaki Warga Jerman...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga Jerman ditemui mati di dalam bilik sebuah...

Ekonomi Malaysia Kukuh, KDNK...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia akan berkembang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...

Polis Tahan 2 Lelaki...

JAKARTA - Polis di Medan semalam menahan dua lelaki rakyat tempatan bagi membantu...

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 Diwarta 28 Mei

PUTRAJAYA – Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah diwartakan semalam (28 Mei) selaras dengan Peraturan 27 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi maksud penyiaran keputusan dan penyata pengundian dalam Warta.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan hari ini berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan dalam PRU14 bagi Dewan Rakyat (Parlimen) atau Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh mengemukakan petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan disiarkan dalam Warta selaras dengan peruntukan Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

“Dalam masa yang sama SPR juga mengingatkan semua calon-calon yang bertanding pada PRU14 yang lalu atau ejen pilihan rayanya agar mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan PRU14 diwartakan,” tambah kenyataan itu.

Jelas SPR, ini adalah selaras dengan Seksyen 23(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan di bawah Akta tersebut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori