Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelaksanaan Bekalan Air Berjadual...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan bekalan air secara berjadual di Kota Tinggi dan Johor...

RR Aliff Syukri Disewa...

AKUR... Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akan menyelesaikan kes kereta Rolls Royce miliknya...

Pancaragam Terbesar Buat Persembahan...

KUALA LUMPUR - Aksi istimewa gabungan 11 agensi keselamatan dan penguatkuasa negara yang...

GAMBAR: Terbaik! Siti Nurhaliza...

DALAM banyak-banyak gambar yang dimuat naik para selebriti ketika beraya, gambar yang dikongsi oleh...

Keputusan Vaksin Covid-19 Diguna Umat Islam Esok

PUTRAJAYA – Keputusan penggunaan vaksin Covid-19 dari luar negara yang akan digunakan umat Islam di negara ini akan diketahui esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagaian Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, perkara itu dibincangkan hari ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas kali ke-10 Tahun 2020 Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). 

Menurut beliau, mesyuarat itu turut diberikan taklimat berkenaan vaksin Covid-19 oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

Katanya, pihaknya akan mengambil semua pandangan dari Ahli Jawatankuasa Muzakarah dan KKM sebelum membuat keputusan bagi meluluskan vaksin terbabit. 

“Kita akan menilai dari segi agama untuk membuat keputusan dan hujah-hujah mengenai keputusan berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Kepada Pegawai Penyelidik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

Turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah dan Timbalannya, Jamali Mohd Adnan.

Pada majlis itu 52 pegawai menerima surat pelantikan untuk ditempatkan di Pejabat Mufti Wilayah Peraekutuan. 

Semalam media melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau penggunaan vaksin dibangunkan syarikat gergasi farmaseutikal, Pfizer dan BioNTech, secara darurat di Britain seawal minggu depan.


Ia susulan pengumuman kerajaan negara itu menerima cadangan Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) untuk meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioTech.

Zulkifli berkata, bagi Wilayah Persekutuan keputusan muzakarah itu akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan.

Katanya, bagi negeri-negeri lain keputusan akan ditentukan oleh Sultan merupakan ketua agama di negeri masing-masing. 

“Saya akur dan bersetuju dengan segala keputusan dan pandangan Majlis Muzakarah Khas atas apa juga keputusan yang diambil.

“Ia bagi mengelakkan berlaku dua fatwa membabitkan umat Islam di negara ini,” katanya. – myMetro Online

Kategori