Keputusan Letak Jawatan MB Johor Diketahui Petang Ini

JOHOR BAHRU – Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Osman Sapian akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi…

JOHOR BAHRU – Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Osman Sapian akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi petang ini bagi mengetahui keputusan peletakan jawatan beliau sama ada diterima atau ditolak baginda.

Osman, 67, berkata, dalam pertemuan dua mata pada pukul 10.30 pagi tadi, Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap dengan penuh mesra selain bertitah surat peletakan jawatan itu sebagai ‘souvenir’ (cenderahati).

“Saya menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) pada pukul 10.30 pagi tadi selepas berbual panjang dengan Tuanku mengambilnya tetapi tidak melihat pun isi kandungan dalam surat itu, baginda bertitah baginda amik sebagai sourvenir (cenderahati).

“Baginda akan meletakkan beberapa syarat tertentu kepada bakal penyandang MB baharu dan jika syarat-syarat itu diterima mungkin terjadilah satu pembentukan MB baharu dan kerajaan baharu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kempas di sini, hari ini.

Pertemuan dijangkakan pada pukul 6.30 petang ini.

Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berkata, sekiranya ada pelantikan baharu nanti kemungkinan akan ada perubahan besar dalam barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco).

Beliau menerima dengan hati terbuka sekiranya keputusan Sultan Ibrahim dalam pertemuan sebelah petang nanti selain memberitahu sekiranya keputusan itu diterima maka dia akan menumpukan khidmatnya kepada pengundi dan rakyat di DUN Kempas.

“Saya juga akan menumpukan perkhidmatan saya terhadap parti di mana saya masih memegang jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor , Pengerusi PPBM Johor serta Ketua PPBM Bahagian Kempas,” katanya. – K! ONLINE

Loading...