Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kereta ‘Hypercar’ Termahal Dunia...

BERLIN - Insiden nahas ini mungkin dianggap sebagai antara rekod kemalangan jalan raya...

3 Tahun Kurung Anak...

India – Gila. Seorang suami sanggup mengurung isteri dan anak perempuannya di dalam...

Pengisytiharan Seremban Sebagai Bandaraya...

SEREMBAN - Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya yang dijadualkan pada Januari tahun depan akan...

China Ambil Tindakan Undang-undang...

BEIJING: China yang mahu mempertahan kepentingannya, memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)...

Kepimpinan UMNO, Meriahkan Muktamar Tahunan PAS

KUANTAN – Rombongan daripada kepimpinan UMNO hadir memeriahkan Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) hari ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat bersama Setiausaha Agong, Tan Sri Annuar Musa; Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Turut kelihatan Ketua Penerangan, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di samping pimpinan parti komponen, Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Selain mereka, turut hadir ialah empat teraju kerajaan negeri pembangkang iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Kehadiran kesemua pemimpin itu membuktikan keserasian hubungan kedua parti yang makin terserlah selepas PRU14.


Tahun lalu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO melakar langkah sejarah apabila menghadiri Muktamar Tahunan PAS di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Terengganu.

Pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Ke-59 pada 15 Jun lalu, Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar hadir sebagai wakil pergerakan berkenaan, diikuti Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang hadir bagi menyaksikan perasmian Pemuda PAS yang diadakan di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) Khamis lalu.

Muktamar Tahunan PAS Ke-65 selama tiga hari yang merupakan kemuncak acara tahunan tersebut bermula hari ini dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasarnya.

Kategori