Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

13 Pendaki Sesat Terselamat

Kuala Kubu Bharu - Sekumpulan 13 pendaki terdiri daripada lapan lelaki dan lima...

Pensyarah Minta Netizan Boikot...

NAMA Safiey Illias dahulunya pernah menggemparkan negara apabila tekad menjadi lelaki sejati selepas...

BAM Mahu Pemain Dilengkapi...

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu memastikan semua pemain negara dilengkapi...

Tubuh Suruhanjaya Khas Bendung...

SINDIKET judi haram bagaikan sesuatu ‘virus’ yang sukar untuk dicegah. Malah sindiket ini...

Kenyataan Muhyiddin Miliki Majoriti ‘Panaskan’ Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Kenyataan mengatakan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti untuk kekal mentadbir negara kembali panaskan sidang khas Dewan Rakyat sesi petang pada Rabu.

Kekecohan bermula apabila Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) menyangkal kenyataan Dr Ong Kian Ming (PH-Bangi) bahawa ia menjadi ‘rahsia terbuka’ kini Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tidak lagi mempunyai majoriti.

Jelas Ahmad Tarmizi, Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah membuktikan ‘keabsahan’ apabila negara terus ditadbir dengan baik khususnya dalam menangani krisis Covid-19.

“Saya ingin betulkan sedikit apa yang disebut Yang Berhormat Bangi tadi. Yang Berhormat Pagoh masih mempunyai majoriti yang cukup untuk kita meneruskan kerajaan PN. Kita buktikan,” katanya.

Kenyataan yang dibuat Ahmad Tarmizi ketika memulakan sesi perbahasan mengenai penerangan program vaksinasi itu bagaimanapun membangkitkan kemarahan blok pembangkang.

Antara yang bangkit membantah kenyataan Ahmad Tarmizi ialah Chang Lih Kang (PH-Tanjung Malim), Cha Kee Chin (PH-Rasah) dan RSN Rayer (PH-Jelutong).

Rayer ketika bangkit meminta untuk membacakan peraturan dewan memandangkan kenyataan yang dibuat Ahmad Tarmizi itu mengelirukan dewan.


“Mana-mana ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan adalah disifatkan menghina majlis (Dewan Rakyat),” katanya.

Bagaimanapun Ahmad Tarmizi mempertahankan dirinya bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak mengelirukan dewan.

Tidak berpuas hati dengan pendirian Ahmad Tarmizi, Rayer kemudian mencabar Ahli Parlimen Sik itu mencadangkan kepada Dewan Rakyat untuk mengadakan undi percaya terhadap Muhyiddin.

“Kalau betul Sik kata Pagoh (Muhyiddin) mempunyai majoriti. Berani atau tidak beliau cadangkan supaya kita undi petang ini,” katanya.

Keadaan gamat itu berlanjutan beberapa minit sebelum Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta semua ahli Parlimen menghormati masa terhad yang ada. – Sinar Harian

Kategori