Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dah Jarang Muncul Di...

MUNGKIN dia tidak sepopular artis zaman kini, namun Maimunah Ahmad atau lebih dikenali dengan...

Anjing Gigit, Telan Kemaluan...

SEORANG pedofilia cacat seumur hidup selepas perbuatannya memanjat tingkap bilik dua kanak-kanak disedari...

Dewan Rakyat Luluskan Pindaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Agensi Penguatkuasaan...

Cerca, Carut Pemimpin Di...

KUALA LUMPUR - Cercaan, hasutan dan carutan oleh netizen dalam media sosial dilihat...

Kenyataan MP Ampang, Zuraida Sombong Dan Bongkak

BERLAGAK betul Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) mampu menyapu bersih seratus peratus kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika dibubarkan.

Zuraida dengan nada bongkak, seperti biasa menyalahkan UMNO sebagai punca pembubaran DUN di negeri Selangor. Beliau mendakwa kononnya UMNO akan kehilangan semua kerusi DUN mereka jika pilihan raya negeri diadakan.

Beliau juga yakin seluruh rakyat Selangor akan tetap menyokong PR walaupun sebenarnya yang punca perebutan kerusi Menteri Besar Selangor itu ialah PKR sendiri.

(DUN Selangor Jangka Dibubar – Siap Sedia Pilihan Raya Negeri)

“Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

“Dan kalau nak pilihan raya negeri, UMNO perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).


“Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan UMNO akan sifar di Selangor,” katanya dengan nada yang cukup sombong di hadapan perwakilan Wanita PKR ketika Kongres parti itu.

Bagaimanapun di hadapan seluruh penonton, Zuraida berkata mustahil untuk Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenana membubarkan DUN Selangor kerana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mendapat sokongan majoriti Ahli DUN.

Pelbagai pihak yang sudah muak dengan permainan politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melaksanakan strategi Langkah Kajang sebelum ini semata-mata mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

Kini mereka kebanyaknnya mahu Sultan Selangor memilih untuk membubarkan DUN Selangor bagi memberikan mandat sekali lagi kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri ekoran kemelut yang dicetuskan secara sengaja oleh PKR ini. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori