Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Pelajar Dimalukan Kerana Tidak...

PULAU PINANG - Persatuan Pengurus Dan Guru Sekolah Cina Pulau Pinang mendedahkan seorang...

‘Feel Good Factor’ Strategi...

KUALA TERENGGANU - Anggota Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO Terengganu perlu menggunakan 'feel...

Petani Malaysia Wajar Contohi...

KANGAR - Para petani khususnya pesawah di negara ini harus mencontohi semangat yang...

Kien Kiat/Boon Heong Mara...

KUALA LUMPUR - Bekas beregu utama lelaki negara, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong...

Kenyataan MITI Syok Sendiri, PH Menipu Rakyat

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa mengeluarkan kenyataan yang menipu rakyat berhubung laporan eksport negara.

Mengambil berita Bernama yang melaporkan tajuk “Malaysia catat pertumbuhan eksport tertinggi sejak April 2010”, Datuk Seri Najib Razak berkata, MITI telah membuat perbandingan yang tidak tepat berhubung eksport negara.

Bekas perdana menteri mendakwa MITI telah membuat perbandingan antara nilai ekspot bulan Mac 2019 dengan Februari 2019.

Bulan Februari adalah bulan yang pendek dan juga bulan sambutan Tahun Baru Cina, yang mana kebanyakkan kilang tutup selama seminggu.

Sudah tentu keluaran eksport untuk bulan Februari adalah jauh lebih rendah berbanding bulan Mac.

“Oleh itu, tidak patut dan tidak betul untuk membandingkan bulan Mac dengan bulan Februari dan claim (mendakwa) kenaikkan besar!

“Tetapi untuk menipu rakyat dan untuk berita yang syok sendiri di television, kerajaan PH terpaksa berbuat demikian,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook beliau.


Najib berkata, sebenarnya, perbandingan patut dibuat dengan bulan yang sama pada tahun lepas jika mahu mengukur prestasi.

Perbandingan tahun ke tahun ini yang digunakan oleh pengaalisis ekonomi.

“Kebenarannya ialah eksport untuk bulan Mac telah jatuh berbanding bulan yang sama bulan lepas.

“Ini adalah kejatuhan untuk dua bulan berturut-turut selepas eksport bulan Februari juga jatuh berbanding Februari tahun lepas,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Kategori