Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penyokong Parti Politik Di...

IPOH - Para penyokong parti politik diminta supaya mengawal emosi dan tidak melakukan...

Muhyiddin Kunjungi Ketua Menteri...

PERTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Ketua Menteri Australia...

Hanya Orang Gila Talak...

MARANG - PAS menggambarkan pihak yang mengungkit kisah-kisah lama antara parti itu dengan...

RUU Peringkat Jawatankuasa Bagi...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan)...

Kenyataan Kit Siang Keruhkan Keadaan

1. Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan menyokong saranan penulis Anas Zubedy supaya pendakwah bebas antarabangsa Dr. Zakir Naik meninggalkan Malaysia secara sukarela. Dengan memetik alasan Anas, Lim berkata Zakir Naik perlu meninggalkan negara ini kerana didakwa boleh memberi kesan kepada kestabilan negara.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia melihat kenyataan Lim Kit Siang ini menggambarkan ketidaksefahaman antara pimpinan tertinggi Pakatan Harapan. Kenyataan Lim Kit Siang keluar setelah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyifatkan kedudukan pendakwah tersohor dunia Dr. Zakir Naik ibarat “ditelan mati emak, diluah mati bapa” dan meyebabkan Malaysia dalam keadaan serba salah. Perbezaan pendapat dengan Perdana Menteri menggambarkan perpecahan yang ketara antara pimpinan Pakatan Harapan.

3. Dari sudut undang-undang antarabangsa, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis parlimen pada 11 Julai lalu memaklumkan Zakir tiada dalam senarai notis merah (RCN) Interpol, mahupun disebut sebagai entiti pengganas dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR). Keputusan Interpol untuk tidak mengeluarkan notis merah terhadapnya membuktikan bahawa dakwaan yang dikenakan terhadapnya adalah “rekaan dan dirancang”.

4. Ini bermakna, fitnah terhadap Zakir Naik sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Perbandingan agama yang dinyatakan ketika Zakir Naik berceramah tidak menghina golongan bukan Islam. Malangnya, sesetengah pihak tidak dapat berdebat dan berhujah dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh Zakir Naik, menyebabkan mereka menggelupur. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia melihat isu ini dipolitikkan oleh DAP untuk mencari populariti di kalangan orang bukan Islam, namun impaknya boleh mengeruhkan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Demi Bangsa Malaysia! #SelamatkanMalaysia

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia,
Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori