Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Dipanggil ‘Stupid’, Pegawai...

SEJAK Ahad lalu, video memaparkan seorang pegawai trafik wanita naik angin hingga menepuk...

Dua Hilang Ketika Keluar...

SEMPORNA: Dua warga asing dilaporkan hilang ketika keluar memancing di perairan Pulau Mataking...

TMJ Gesa Semua Pihak...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa semua pihak...

Inspektor Ditahan Berbogel Dalam...

ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan dengan hanya berseluar dalam...

Kenyataan `Cover Malu’ PAN – PRN Sarawak Cuma Latihan

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak semalam mendakwa pilihan raya itu cuma satu latihan buat jentera parti berkenaan yang masih baharu.

Kenyataan oleh Pengarah Biro Pilihan Raya Pemuda PAN Perak, Ahmad Shafiq Ariffin itu bagaimanapun berbeza dengan banyak kenyataan yang dilemparkan oleh pemimpin parti berkenaan mengenai PRN Sarawak sebelum ini.

Rata-rata pemimpin PRN sebelum ini mendabik dada kononnya parti itu akan menang di Sarawak kerana majoriti rakyat negeri itu kononnya menyokong mereka.

“Pemuda PAN Perak melahirkan rasa bangga apabila tidak ketinggalan mengerahkan jentera membantu calon PAN.

“Kami menjadikan medan ini untuk melatih serta menimba pengalaman bagi mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Media hari ini melaporkan PAN yang merupakan parti serpihan PAS gagal memenangi sebarang kerusi dalam PRN Sarawak ke-11 semalam.

Lebih malang apabila parti itu hilang deposit di sembilan kerusi daripada 13 kawasan yang ditandinginya.

Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Amanah hilang deposit di DUN N5 Demak Laut, N7 Semariang, N16 Muara Tuang, N24 Sadong Jaya, N27 Sebuyau, N29 Beting Maro, N41 Kuala Rejang, N43 Daro dan N44 Jamoreng. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori