Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Khalid Nafi Tarik Balik...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menafikan laporan berita TV3...

Neelofa, Suami Tak Didakwa...

NILAI - Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap...

Pemilihan PKR: Polis Melaka...

MELAKA - Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang...

Hackers Vietnam Balas Dendam,...

Nampaknya, banyak 'drama' berlaku sejak berakhirnya perlawanan Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam.BACA: Insiden...

Kenderaan Komersial Tak Perlu Mohon Surat Kebenaran

PUTRAJAYA – Pemilik kenderaan komersial tidak perlu memohon surat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), demikian menurut kementerian itu hari ini.

“Sekatan tidak akan dikenakan kepada kenderaan komersial yang beroperasi semasa PKP,” menurut MOT dalam kenyataan hari ini.

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilaksanakan di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – bermula hari ini hingga 26 Januari.

PKP Bersyarat pula dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala Perlis dan Sarawak berada di bawah PKP Pemulihan bagi tempoh sama.

MOT memaklumkan pemilik kenderaan komersial hanya perlu mengemukakan surat pengesahan daripada majikan apabila diminta petugas penguat kuasa dan lorong khas akan disediakan di semua sekatan jalan raya untuk kenderaan komersial.

Bagi syarikat logistik lain seperti syarikat penghantaran barang dan pengendali gudang yang berdaftar dengan persatuan, MOT memberitahu kebenaran daripada kementerian boleh diperoleh daripada persatuan masing-masing.


“Surat ini perlu dikemukakan bersama-sama bukti keahlian dalam persatuan apabila diminta oleh petugas penguat kuasa di sekatan jalan raya,” menurut MOT.

Syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan pula, surat kebenaran boleh dimohon menerusi https://application.mot.gov.my/.

MOT turut menasihati pengguna pengangkutan awam supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dan garis panduan seperti diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), mengamalkan penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan sebagai langkah untuk mencegah penularan COVID-19. – BERNAMA

Kategori