Kenapa Pulak Keputusan Mahkamah Salah Kerajaan?

KUALA LUMPUR – Mengapa kerap ada nada-nada menyindir kerajaan terhadap hukuman yang diputuskan mahkamah?

Sebenarnya penulis dah tengok mainan khadam DAP dari segi ini sejak zaman DSNR.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Keputusan mahkamah yang kononnya keras atau zalim ke atas kelompok tertentu seperti orang miskin atau ibu tunggal tunggal atau sesiapa sahaja yang boleh dimanipulasi, akan dijadikan modal politik untuk memperlihatkan kononnya kerajaan yang bersikap double standard atau pilih kasih.

Hakikat yang masyarakat harus sedar ialah di bawah prinsip pengasingan kuasa, badan kehakiman, badan pengubal undang-undang dan eksekutif adalah tiga cabang yang berlainan dalam sesuatu kerajaan.

Ini bererti, sesuatu kerajaan demokratik terbentuk pada tiga cabang yang bebas antara satu sama lain.

Maksudnya mudah… Pentadbiran kerajaan tidak boleh mencampuri urusan mahkamah.

Hukuman ditetapkan atas kearifan hakim yang bersidang setelah melalui proses perbicaraan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam kes anak Zahid Hamidi yang dijatuhkan hukuman RM800, tanggungjawab kerajaan melalui Pejabat Peguam Negara adalah mendakwa anak Zahid setelah siasatan polis mendapati ada asas perlanggaran PKP.

Kerajaan telah melaksanakan bahagiannya.

Kes dibawa pihak pendakwaraya ke mahkamah dan anak perempuan Zahid tampil dengan peguam dan perbicaraan dibuat, keputusan berapa denda atau hukuman yang dijatuhkan adalah di tangan hakim, bukan kerajaan yang tetapkan.

Di situ sudah berlaku pemisahan dalam cabang pembentukkan sebuah kerajaan.

Anda berhak untuk tidak berpuas hati dengan hukuman selagi mana tidak bersifat menghina mahkamah, namun tidak sama sekali boleh menyalahkan kerajaan kerana hukuman dibuat berdasarkan keariffan hakim.

Kerajaan tidak boleh dan tidak akan mencampuri apa bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan setelah perbicaraan melalui prosesnya yang lengkap.

Memang menyedihkan bila khadam DAP yang adakalanya dari bidang guaman seolah-olah bertindak mempersoalkan keputusan hakim dengan harapan menyemai kesangsian di jiwa rakyat terhadap kerajaan.

Mungkin anda tertanya mengapa seorang VIP dan seorang ibu tunggal mendapat hukuman yang berbeza atas kesalahan yang sama?

Banyak faktor sebenarnya dan bukan kerana kedudukan sosial.

Antara yang paling mudah, VIP kerap kali berkemampuan mengupah peguam manakala ada segmen masyarakat kita yang tidak diwakili atau sekadar bergantung kepada Biro bantuan guaman yang diwakili peguam yang baru nak bertapak.

Makin handal peguam yang diupah, makin berubah senario akhir penghakiman.

Bayangkan anda diwakili nama seperti Tan Sri Shafie Abdullah dengan anda tidak ada peguam atau peguam gagap biro bantuan guaman, banyak bezanya.

Sebab itu yuran peguam ternama dan handal berbeza dengan peguam cap ayam.

Itu antaranya faktor yang adakalanya kes yang sama keputusan berbeza kerana peguam yang handal boleh mewujudkan keraguan yang munasabah, membentangkan bukti yang lebih kukuh, mematahkan fakta pihak lawan dan sebagainya.

So, anda harus faham dan jangan mudah melatah dengan sentimen kebencian dan kesangsian yang disebarkan para RBA atau khadam-khadam mereka.

Keputusan mahkamah adalah keputusan mahkamah dan bukannya oleh kerajaan.

Dan ini juga berbeza dengan zaman PH apabila kes-kes besar seperti LTTE dan rasuah banglo digugurkan.

Ia digugurkan oleh pejabat Peguam Negara yang terletak di bawah penguasaan kerajaan secara langsung.

Peguam Negara ketika itu dilantik kerajaan PH ditunjangi DAP.

Kes digugurkan atau pemberhentian prosiding oleh pendakwaraya adalah atas arahan Pejabat Peguam Negara, maka itu jelas-jelas campur tangan kerajaan.

Itu peringkat perbicaraan dan bukan jatuh hukum.

Kena pandai bezakan dan jangan diperbodohkan oleh puak-puak DAP dan rakan-rakan yang matlamat akhir mereka pula ialah mendapatkan undi pada rakyat agar dapat membentuk kerajaan.

Racun dan propaganda minda harus dijauhi. – Mynewshub.TV

Loading...