Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UiTM Perlis Azam Pertahan...

ARAU - Pasukan bola sepak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis berazam untuk mengekalkan...

Gambar Keluarga Bahagia Awal,...

MEMANG terserlah kebahagiaan keluarga pasangan selebriti popular ini lebih-lebih lagi sejak kelahiran cahaya...

AlHijrah Siar Majlis Tilawah...

ALHIJRAH mengambil posisi penting dalam meraikan setiap majlis dan keraian agama Islam.Ini selari...

Rambut Bayi Perempuan Ini...

SEORANG ibu kepada bayi perempuan berusia 10 minggu dari Nuneaton, England memperuntukkan masa...

“Kenapa Perlu Takut Dengan Jihad?” – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – “Mengapa perlu takut berkaitan jihad? ‘Jihad means struggle. Nothing to do with war’ dan sebagainya,” ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelas beliau, jihad membawa banyak maksud dan bukan semata-mata merujuk kepada perang.

“Masa saya jadi menteri dulu saya lancarkan jihad kepada orang tengah, selepas itu Menteri Pendidikan (Tan Sri Muhyiddin) melancarkan jihad pendidikan tapi tak tahulah kalau sekarang dia anggap jihad itu berlainan makna,” ujar beliau kepada media di Parlimen.

Kata beliau, orang ramai khususnya bukan Islam tidak perlu gusar berkaitan kerjasama UMNO dan PAS kerana kerjasama ini melibatkan semua bangsa.

“Setiap kali ucapan kita, kita sebut untuk penyatuan ummah termasuk bukan Melayu. PAS dan UMNO sudah buktikan malah sepanjang PAS perintah Kelantan, tidak timbul isu membabitkan agama dan kaum lain.

“Di Kelantan ada sahaja kuil Buddha… jadi kaum lain tidak perlu gusar pasal PAS,” tegas beliau.


Selain itu beliau turut mempertikaikan mengapa dahulu sewaktu PAS bersama Pakatan Rakyat, tidak pula timbul PAS sebagai sebuah parti ekstrim tetapi apabila PAS bersama UMNO, pelbagai tuduhan negatif dilemparkan.

“Sewaktu PAS menyokong DAP… DAP menyokong PAS, tidak timbul pula isu PAS parti ekstrim. Waktu pilihan raya dulu di Bera… Pemuda PAS bawa bendera DAP, masa tu kenapa tak cakap pula PAS ekstrim,” bidas beliau lagi. – MediaUMNO

Kategori