Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Puluhan Rumah Di P...

Puluhan rumah di beberapa kawasan di bahagian pulau di Pulau Pinang dilanda banjir...

Banduan Lelaki Dakwa Dicabul...

New York - Seorang banduan yang melakukan hubungan seks dengan dua pengawal penjara...

Gadis Ayu Gelecek Bola...

KOTA BHARU - Siapa sangka di sebalik kelembutan dan kecantikan wajah, seorang penuntut...

Syed Faisal Albar Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM...

“Kenapa Langgar Papa Saya Sampai Mati”

JOHOR BAHRU – Keluarga Allahyarham Laskar Kanan Mohd Rizal Suberi, 31, belum bersedia memaafkan pemandu wanita yang menyebabkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu maut, dalam kemalangan Sabtu lalu.

Balunya, Nurul Asyiken Amir, berkata beliau dan tiga anaknya masih berada dalam keadaan terkejut dan sedih, sehingga memberi kesan emosi mendalam kepada mereka semua.

“Saya tidak dapat berikan jawapan, sama ada kami maafkan pemandu wanita itu kerana sukar mengungkapkan kata-kata itu. 

“Anak sulung yang berusia lima tahun sudah menonton video kereta bapanya dirempuh wanita itu dan kemudian bertanya ‘Mama kenapa perempuan itu langgar papa sampai mati.’

“Hati saya hancur. Derita itu hanya saya dan anak-anak yang akan tanggung.

“Bila awak kata wanita itu minta maaf kepada kami, sukar untuk kami terima,” katanya ketika dihubungi. 

Terdahulu, pemandu wanita berkenaan, Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23, memohon maaf dan ampun kepada keluarga allahyarham berikutan menyebabkan anggota tentera berkenaan maut, Sabtu lalu. 

Nur Fatin berkata demikian ketika prosiding di Mahkamah Majistret hari ini ketika dihadapkan atas tuduhan memandu kereta di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian Mohd Rizal di lampu isyarat Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada pukul 8.24 pagi, 10 Oktober lalu.


Dalam pada itu, Nurul Asyiken yang juga guru agama di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, berkata kejadian itu membuatkan emosi beliau dan anak-anaknya berada dalam kesedihan sejak kejadian berlaku.

“Saya bukan tidak menerima suratan takdir namun mengenangkan suami baharu sahaja menyambut hari jadi anak sulung, sebelum kejadian itu berlaku, menyebabkan hati ini hancur. 

“Kami sekeluarga baru sahaja berkumpul dan gembira bersama, tiba-tiba jadi macam ini. Hati mana tidak sedih,” katanya.

Namun, Nurul Asyiken berharap, wanita itu insaf dan menyesali perbuatannya selain tidak mengulanginya semula kesalahan sama pada masa depan. 

“Saya harap benda ini dijadikan iktibar kepada orang ramai di luar sana supaya berhati-hati ketika memandu, kerana sebarang kesilapan membuatkan ada keluarga yang hilang insan yang paling mereka sayangi,” katanya. – BH Online

Kategori