Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Xtra Jumbo Pesta Iklan...

AYUH semua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menyertai XtraJumbo iaitu Pesta...

Warga Bangladesh Maut Dikelar...

MUAR - Seorang warga Bangladesh maut dipercayai akibat dikelar rakannya menggunakan pisau selepas...

Semua Pasukan Liga Super...

KUALA LUMPUR - Sebelas pasukan Liga Super musim ini berdepan dengan tindakan diturunkan...

Tiada Beza Pelaburan Di...

SERENDAH - Kerajaan tidak pernah membezakan usaha membawa pelaburan ke negeri yang ditadbir...

Kenapa IPTA Jadi Alat Politik Anjur Kongres Maruah Melayu?

PETALING JAYA – UMNO mendakwa Universiti Malaya (UM) dan beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diperalatkan PPBM bagi menganjurkan Kongres Maruah Melayu yang akan berlangsung pada 6 Oktober depan.

Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan mengapa IPTA perlu menjadi penganjur kongres tersebut jika ia bertujuan menangani masalah maruah bangsa Melayu.

“Sejak bila IPTA harus memikirkan tentang maruah bangsa Melayu?

“Bukankah tugas dan fokus nasional IPTA adalah membangun, meneroka dan mengembangkan ilmu? Bukannya menjadi juara orang Melayu dan kemaslahatannya secara eksklusif.

“Politik dan maruah orang Melayu adalah tanggungjawab moral orang politik dan parti politik bangsa Melayu. Bukan tugas kalian secara khusus,” kata Khaled yang juga bekas menteri pengajian tinggi dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Pusat Kecemerlangan Melayu, Akademi Pengajian Melayu UM, Hashim Ismail berkata, kongres itu dibuat dengan kerjasama tiga universiti lain iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

“Kongres Maruah Melayu ini antaranya membincangkan mengenai permasalahan orang Melayu melibatkan aspek pendidikan, agama, budaya, politik dan ekonomi. Kita sudah berikan topik ini kepada setiap universiti untuk ambil bahagian masing-masing,” kata Hashim.

Dalam poster tersebar di media sosial, Kongres Maruah Melayu dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober depan, di Axiata Arena Bukit Jalil. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad dijangka akan memberikan amanatnya dalam kongres tersebut.


Kongres itu juga menerima kritikan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa yang berpandangan ia hanya menambah kekeliruan bangsa Melayu serta tidak menolak ia akan menjadi medan kepada perpecahan dan menjadi bahan ketawa bukan Melayu.

Mengulas lanjut, Khaled turut mempersoalkan mengapa kongres itu dianjurkan sebaik sahaja termeterainya Piagam Muafakat Nasional antara Umno dan PAS pada 14 September lalu.

“Adakah ini kebetulan atau sebenarnya Kongres Maruah Melayu ini ingin dijadikan saingan gerakan penyatuan ummah yang dicetuskan Umno dan PAS?” soalnya.

Beliau juga mempertikaikan adakah maruah bangsa Melayu kini benar-benar tercalar dan merosot semenjak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, sehingga maruah Melayu terpaksa dijadikan subjek yang perlu dibincangkan.

“Saya yakin, jika maruah Melayu tidak susut dan merosot dengan deras, sudah pasti tiada keperluan untuk UM dan IPTA kita dikerah mengupasnya dengan cara dan nada yang kedengaran sangat terdesak ini.” – FMT

Kategori