Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gol Ronaldo Pada Ketinggian...

MILAN - Tandukan luar biasa udara dengan melawan graviti oleh bintang superstar Cristiano...

Manchester United Idam Pemain...

MANCHESTER United dilapor akan mendapatkan seorang pemain muda sebelum jendela pemindahan ditutup pada...

Puluhan Ribu Hadiri Pengebumian...

TEHRAN - Berpuluh-puluh ribu rakyat Iran berada di Universiti Tehran pagi ini bagi...

Kerja Sepanjang Tahun, Ramadan...

SELEPAS penat bekerja sepanjang tahun, kini pelawak Shuib Sepahtu ambil keputusan untuk rehat...

Naik Tambang Bas Ekspres Ambil Kira Rakyat, Operator

PUTRAJAYA – Sebarang keputusan kerajaan berhubung kenaikan tambang bas ekspres akan mengambil kira kepentingan rakyat dan operator bas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Katanya buat masa ini perkara itu masih dalam bentuk cadangan dan tiada keputusan dibuat.

“Kita akan timbang permintaan pihak operator dan orang ramai sebelum membuat penjelasan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Jabatan Pengangkutan Jalan di kementeriannya, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri berkenaan Datuk Kamarudin Jaffar dilaporkan berkata kementerian itu menimbang kenaikan kadar tambang bas ekspres dalam lingkungan 10 hingga 30 peratus.

Kali terakhir semakan kadar tambang dilakukan ialah pada 2009 dengan kenaikan sebanyak 31 peratus.

Mengulas lanjut, Loke berkata kementerian menerima permintaan semakan kadar tambang itu daripada banyak syarikat bas ekspres atas alasan peningkatan kos penyenggaraan.


Beliau berkata pihaknya akan bertemu dengan pemegang taruh selain membincangkan isu itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Keputusan akhir tertakluk kepada kabinet, katanya. – BERNAMA

Kategori