Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hampir RM920 Juta Aset...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menerima hampir RM920 juta daripada aset 1Malaysia Development...

Fazura Hamil Empat Bulan

PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan...

Pemecatan Saya Tak Adil...

PETALING JAYA : Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan pemecatannya daripada UMNO...

Fitnah-Fitnah Yang Sering Disebarkan...

Petikan dari pemilik akaun Thaqib Shaker - Klik SiniBACA dan SEBARKAN!Masyarakat dunia...

Naik PSC Bukan Selamatkan Kewangan MAHB

PUTRAJAYA – Kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) ke atas pelepasan antarabangsa di terminal klia2 kepada RM73 bukan untuk menyelamatkan kedudukan kewangan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), kata Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali.

Sambil menafikan dakwaan Anggota Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa kenaikan PSC konon untuk menyelamatkan MAHB daripada kerugian dalam operasinya di klia2, beliau berkata syarikat pengendali lapangan terbang itu telah mencatatkan keuntungan bersih selepas cukai tujuh kali ganda lebih tinggi pada suku ketiga lalu berbanding tempoh sama sebelumnya.

Keuntungan bersih MAHB bagi suku ketiga berakhir pada 30 September, 2017 melonjak lebih tujuh kali ganda kepada RM79.69 juta daripada RM10.68 juta setahun yang lalu berikutan pertumbuhan pendapatan yang kukuh didorong oleh peningkatan pergerakan penumpang yang tinggi dan perolehan komersial yang memberangsangkan.

Katanya pada masa ini, statistik penumpang pelepasan antarabangsa di klia2 menunjukkan 75 peratus daripadanya adalah penumpang luar negara berbanding hanya 25 peratus rakyat Malaysia yang ke luar negara.

“Ternyata, fasiliti di terminal kedua itu memberi kemudahan kepada semua penumpang yang sebahagian besarnya rakyat asing.

“Sudah tiba masanya PSC di klia2 dinaikkan memandangkan cukai lapangan terbang di luar negara secara umumnya lebih tinggi berbanding di Malaysia. Daripada kutipan PSC inilah akan kita gunakan untuk menaik taraf kemudahan di lapangan terbang kendalian MAHB,” katanya kepada Bernama.

Katanya kenaikan PSC daripada RM50 kepada RM73 di klia2 menyamai dengan PSC di lapangan terbang yang memberi perkhidmatan pelepasan antarabangsa seperti di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi dan Senai.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengumumkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2018, PSC antarabangsa di klia2 akan dinaikkan kepada RM73, bersamaan dengan kadar untuk pelepasan antarabangsa di semua lapangan terbang lain di Malaysia yang telah dinaikkan pada Januari 2017.

Malah, PSC bagi pelepasan ASEAN telah diselaraskan kepada tahap yang lebih rendah, iaitu RM35 yang telah memberi manfaat kepada sebilangan besar rakyat Malaysia.

Badlisham berkata langkah menyamakan PSC itu juga selaras dengan garis panduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).


Katanya MAHB tidak pernah melanggar dasar ICAO yang menyatakan bahawa “pengguna lapangan terbang termasuklah syarikat penerbangan tidak harus dikenakan caj ke atas apa-apa fasiliti yang tidak digunakan”.

Beliau berkata polisi itu adalah mengenai model operasi lapangan terbang yang berlainan.

“Di Malaysia, di bawah operasi perjanjian kami dengan kerajaan Malaysia, kita menggunakan model rangkaian yang berdasarkan kepada ‘cross-subsidization’ dalam menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia dan mengenakan caj yang seragam.

“Namun, kami masih tidak mengenakan caj ke atas apa-apa fasiliti lapangan terbang yang tidak digunakan oleh syarikat penerbangan, contohnya ‘aerobridge’.”

“Buat masa ini, terdapat kurang daripada 10 lapangan terbang yang mencatatkan keuntungan daripada 39 lapangan terbang di Malaysia di bawah kendalian Malaysia Airports,” katanya.

Bagaimanapun, katanya lapangan terbang yang tidak menguntungkan penting untuk menyediakan sambungan rangkaian kepada rakyat seperti di 18 lapangan terbang STOLport (short takeoff and landing airport) di pedalaman Malaysia Timur yang digunakan oleh lebih 150,000 orang setahun.

“Sekiranya kita tidak menggunakan model rangkaian, ini akan memungkinkan penumpang membayar caj yang tinggi di lapangan terbang yang tidak menguntungkan atau kerajaan perlu menanggung subsidi yang tinggi untuk memastikan ketersediaan rangkaian pengangkutan bagi seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Kategori