Kena Tembak, Tetak & Langgar Sebab Kantoikan Pencuri

PERGADUHAN yang tercetus di kawasan tapak permainan dan parking di Flat Rimba Jaya, Sek 16, Shah Alam menyaksikan ianya melarat hingga membawa kepada cubaan bunuh tiga lelaki yang ditetak, ditembak dan dilanggar sekumpulan lelaki, awal pagi tadi.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.

Kes dikatakan berpunca apabila tiga lelaki ternampak seorang suspek cuba mencuri motorsikal.

Kena Tembak, Tetak & Langgar Sebab Kantoikan Pencuri

Suspek yang berjaya melarikan diri kemudiannya dikatakan kembali bersama sekumpulan geng yang bertindak menyerang ketiga-tiga lelaki berkenaan menggunakan senjata api, parang dan turut bertindak melanggar mereka dengan kereta.

Ketiga-tiga mangsa yang berjaya diselamatkan segera dikejarkan ke hospital dengan mangsa pertama yang berusia 53 tahun dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, didapati cedera ditembak di pinggang belakang dan ditetak di kepala sebelah kanan.

Kena Tembak, Tetak & Langgar Sebab Kantoikan Pencuri

Kena Tembak, Tetak & Langgar Sebab Kantoikan Pencuri
Salah seorang mangsa kes tetak, tembak dan langgar di Flat Rimba Jaya, awal pagi tadi.

Mangsa kedua yang berusia 66 tahun turut mempunyai kesan tetak di kepala manakala mangsa ketiga, 22, cedera parah di kaki kanan.

Mangsa pertama dan kedua kini dirawat di Zon Kritikal Hospital Shah Alam manakala mangsa ketiga di Hospital Klang.

Team Forensik dilaporkan masih menjalankan siasatan dan hasil carian Unit K9 (unit anjing kesan bom) menemukan kesan darah, pisau dan dua kelonsong peluru yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.

Kena Tembak, Tetak & Langgar Sebab Kantoikan Pencuri
Dua suspek ditahan awal pagi tadi ketika datang ke Balai Polis Seri Muda untuk membuat laporan.

Susulan kes ini dua lelaki berusia antara 20 hingga 29 tahun dan berasal dari Klang ditahan awal pagi tadi, ketika kedua-duanya datang ke Balai Polis Seri Muda untuk membuat laporan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...