Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Berusia 60 Tahun...

KUALA LUMPUR - Satu lagi kes jangkitan virus Zika dikesan melibatkan seorang wanita...

APMM Selamatkan 6 Nelayan...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili...

JPJ Nafi ‘Buru’ Dan...

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan ia melaksanakan penguatkuasaan dalam...

Bajet 2018 Manfaatkan Rakyat...

KANGAR - Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Kena ‘Slipped Disc’, Firman Menyanyi Dalam Kesakitan

TIDAK mahu mengecewakan peminat yang hadir, penyanyi Indonesia, Firman Siagian meneruskan persembahan seperti yang dijadualkan dengan menyanyi sambil duduk di atas kerusi.

Ini selepas dia secara tiba-tiba mengalami slipped disc atau kegelinciran pada tulang belakangnya hanya beberapa minit sebelum dia dipanggil membuat persembahan.

Kecederaan tersebut dialami Firman di Karnival OK Bersama Rakyat anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) di perkarangan pusat beli-belah Giant, Kuala Selangor, Selangor, semalam (Sabtu).

Bak kata pepatah Inggeris, “the show must go on’’, Firman ‘berjuang’ meneruskan persembahan untuk penonton yang hadir sambil duduk di atas kerusi secara akustik walaupun sedang menahan sakit.

Malah, Firman yang merupakan bekas peserta program realiti GegarVaganza musim keempat itu berjaya menyampaikan dua lagu pada karnival itu iaitu Rindu Serindu Rindunya dan Kehilangan.

Mengulas mengenai kecederaannya itu, Firman mengakui langsung tidak menjangkakan perkara itu akan terjadi betul-betul sebelum dia dijadualkan membuat persembahan.

“Sakit ini sudah dua tahun tidak menyerang. Tidak menjangka pula ia datang secara tiba-tiba sebelum buat persembahan. Diakui memang sakit dan menyukarkan saya untuk berdiri dan berjalan.

“Walaupun dinasihatkan berehat tetapi saya tetap ingin teruskan sebab saya sudah ada di lokasi persembahan selain tidak mahu menghampakan penonton yang hadir,” katanya memetik portal myMetro Online.

Kejadian itu juga menyebabkan penyanyi berusia 40 tahun itu terpaksa dipapah oleh pembantunya sebelum dan selepas melakukan persembahan.

Tambah Firman situasi serupa juga pernah dilaluinya sebelum ini iaitu ketika dia menjayakan satu persembahan di Singapura kira-kira dua tahun yang lalu.


Namun begitu, pada waktu itu dia sempat pulang sebentar ke Indonesia bagi mendapatkan rawatan sebelum hadir semula ke Singapura. Namun dalam situasi kali ini, ia berlaku hanya beberapa minit sebelum naik ke pentas.

“Ini bukan perkara baru dan pertama kali kena. Jadi, saya sudah biasa. Cuma, macam persembahan di Singapura sebelum ini, saya minta izin penganjur untuk pulang ke Bandung, Indonesia bagi berjumpa pakar urutan tradisional yang biasa mengubat saya.

“Alhamdulillah, dalam tempoh 15 minit dia berjaya meredakan sakit ini. Selepas itu, saya kembali semula ke Singapura seperti dijanjikan. Ia membuatkan penganjur terkejut,” jelasnya.

Firman yang ditemui sejurus tamat persembahannya di karnival berkenaan berkata, kecederaan itu terjadi mungkin disebabkan gaya hidup dan juga waktu rehat yang tidak mencukupi.

Dalam pada itu, Karnival OK mendapat sambutan hangat daripada penduduk Kuala Selangor yang melibatkan penglibatan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Ia merupakan lokasi kedua selepas penganjuran karnival berkenaan di Wangsa Maju minggu lalu mendapat sambutan yang baik.

Selain Firman, karnival itu turut menampilkan penyanyi lain seperti Khai Bahar, Najwa Latif, Tegar, Salwa Abdul Rahman dan juga kumpulan IamNeeta. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori