Kempen Salam Taiwan 2020 Pikat Pelancong Muslim

KUALA LUMPUR – Biro Pelancongan Taiwan Pejabat Kuala Lumpur secara rasminya melancarkan slogan Salam Taiwan versi 2.0. 

Pada tahun 2018, lebih daripada 526,000 rakyat Malaysia yang melawat Taiwan dan ia jumlah yang tertinggi di kalangan negara ASEAN.

Bagi terus menarik minat pelancong Muslim dari Malaysia melancong ke Taiwan, Biro Pelancongan Taiwan telah melantik selebriti popular tempatan, Mira Filzah, untuk menjadi jurucakap pelancongan negara itu.

Selain daripada memaparkan pemandangan indah dan makanan halal di panggung wayang dan di saluran televisyen, ia dapat membantu rakan-rakan Melayu Muslim mencari pilihan baru untuk melancong di Taiwan.

Selain itu, Mira juga akan bertemu dengan peminat Muslim di bangunan Taipei 101 untuk mengajak mereka menikmati makanan halal dan menikmati pemandangan indah di Taiwan.

Duta Besar Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Anne Hung, berkata terdapat lebih daripada 350,000 pengunjung Malaysia yang datang ke Taiwan dari bulan Januari hingga September 2019.

Duta Besar Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Anne Hung.

“Untuk mengembangkan pelancongan di Taiwan, kami menjemput Mira sebagai jurucakap pelancongan Taiwan untuk “Salam Taiwan 2020″ dan akan menjemput pasangan selebriti internet datang ke Taiwan untuk menikmati makanan halal, meneroka tarikan di Taiwan dan perkongsian video mereka di Taiwan,” katanya.

Biro Pelancongan Taiwan berkata: Persekitaran pelancongan mesra Muslim di Taiwan sangat sempurna. Lebih daripada 210 restoran dan hotel di Taiwan telah mendapat sijil halal yang relevan.

Oleh itu, Indeks “Crescent Rating – Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI)” pada tahun 2019 oleh MasterCard, Taiwan adalah destinasi ketiga terbaik di negara bukan Islam, diikuti oleh Jepun, Singapura, Thailand dan United Kingdom. 

“Salam Taiwan 2020” akan mempromosikan sumber pelancongan Taiwan untuk lima tema utama seperti makanan, ekologi, lohas, budaya dan berbelanja.

Sebagai contoh, tema makanan akan didasarkan pada 1,000 jenis sajian Taiwan. Tema ekologi adalah berdasarkan promosi pelancongan keretapi hutan gunung.

Biro Pelancongan Taiwan berharap dapat berkongsi ciri-ciri Taiwan yang pelbagai kepada rakan-rakan Muslim. – Mynewshub.TV

Loading...