Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Wanita Warga Asing Maut...

SIBU - Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar...

Tak Kisah Dikritik, Samantha...

BUSANA 'nasi lemak daun pisang' hasil rekaan Brian Khoo yang digayakan oleh peserta...

Mangsa Kedua Lemas Ditemui...

KUALA BERANG -  Tidak sampai dua jam selepas penemuan mayat pertama kes lemas...

Lelaki Mengamuk Di Stesen...

SEBUAH rakaman video memaparkan seorang lelaki tengah mengamuk di sebuah stesen minyak dipercayai...

Kempen PRU14 Berakhir Malam Tadi Antara Terbaik

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tempoh kempen 11 hari bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di seluruh negara yang berakhir tengah malam tadi adalah lebih baik berbanding PRU sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun semua penyokong parti yang bertanding berkempen dalam keadaan ghairah dan bersemangat, namun mereka meraikan proses demokrasi dalam keadaan aman dan tenteram.

“Setakat ini, sangat baik dan hanya beberapa laporan polis sahaja dibuat di seluruh negara. Kempen PRU kali ini lebih baik daripada yang lalu.

“Terima kasih kepada pembangkang dan pihak polis yang menjaga ketenteraman awam ketika pra kempen, waktu kempen dan hari ini (proses pengundian). Saya harap tiada sebarang insiden berlaku pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui hadir bersama isteri Datin Seri Hamidah Khamis dan anak sulungnya Datuk Nurulhidayah, selepas mengundi di Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat, Rungkup di sini pagi ini.

​​​​​​​Ahmad Zahid, 65, yang merupakan penyandang kerusi berkenaan selama lima penggal sejak 1995 berdepan calon PKR Pakhrurrazi Arshad dan Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS).

Pada PRU13, Ahmad Zahid menewaskan calon PKR, Madhi Hasan dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 2,108 undi.

Ahmad Zahid yang juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk buat penggal keenam berkata semua pihak harus memberi kepercayaan terhadap tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan makna demokrasi dapat diterjemahkan dengan sebenarnya.


Beliau turut menegaskan sekali lagi bahawa tiada peti undi awal dibuka sehingga selesai hari pengundian hari ini.

Justeru itu pihak terlibat diberi amaran supaya tidak membuat tuduhan liar serta fitnah terhadap Polis Diraja Malaysia Angkatan Tentera Malaysia dan SPR.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional memaklumkan keputusan pengundian boleh diketahui secara berperingkat yang akan diumumkan oleh SPR bermula pukul 9 malam.

Sebanyak 38 pusat mengundi dengan 92 saluran dibuka di Bagan Datuk hari ini bagi proses mengundi sempena PRU14 yang melibatkan 47,309 pengundi. – BERNAMA

Kategori