Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Perlindungan Takaful, Insurans Masih...

BATU PAHAT – Tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mempunyai perlindungan takaful dan...

Band British Viola Beach...

KESEMUA empat ahli kumpulan Viola Beach dan pengurus mereka maut dalam kemalangan jalan...

4 Mayat Dipercayai Kru...

MUAR - Satu mayat wanita dan dua mayat lelaki dipercayai kru kapal korek...

Axon Watch – Jam...

ZTE baru-baru sahaja membawakan telefon pintar dibawah keluarga Axon pada minggu lepas, terkini...

Kempen DAP Berbaur Perkauman Dan Agresif

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa Pakatan Harapan tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu disebabkan kempen berbaur perkauman dan agresif yang dimainkan oleh DAP.

Setiausaha Agungnya, S.Arutchelvan berkata, sepanjang kempen PRK terbabit dapat dilihat cara DAP berkempen dengan menaikkan papan tanda perkauman di bulan Ramadan.

“Ini menunjukkan DAP gagal memahami sentimen rakyat. Media sosial dan maklumat yang pantas dan pintas hari ini menyebabkan semua perkara yang kita buat di sesuatu tempat boleh digunakan terhadap kita di tempat lain.

“Maka, bermain politik perkauman atau bercakap secara lidah bercabang bukan lagi satu pilihan pada zaman sekarang. Ternyata Parti Amanah Negara (PAN) tidak selesa dengan cara DAP berkempen yang agresif, tetapi apa boleh dibuat memandangkan PAN bergantung kepada jentera DAP,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa malah dengan majoriti lebih tinggi bagi menewaskan calon Pakatan Harapan dan PAS.

Justeru, Arutchelvan berkata, undi kaum Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan bahawa undi masyarakat Cina bukan ‘cek kosong untuk DAP’.


Menurutnya, masyarakat Cina menunjukkan satu isyarat yang ketara di Sarawak dan Semenanjung Malaysia bahawa mereka sudah bosan dengan pembangkang.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya satu gabungan baharu parti pembangkang yang turut melibatkan PSM diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Harapan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori