Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kumpulan Persoal Laporan PAC...

GEORGE TOWN - Kumpulan The Penang Citizens Awareness Chant Group mempersoalkan kenapa Laporan...

VIDEO: Malang..Penunggang Basikal Dihempap...

MALANG tak berbau..penunggang basikal ini sememangnya menghadapi hari yang sangat tidak bertuah apabila...

Mini Bike Cungkil Bakat...

SEREMBAN - Sukan permotoran mini bike atau ‘moto pocket’ merupakan satu platform terbaik...

Malaysia Tewas 0-2 Berdepan...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan mempamerkan aksi hambar apabila tumpas 0-2...

Kementerian Pendidikan Digesa Tangani Isu Kekurangan Guru

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan digesa segera menangani masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah kebangsaan, sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu tahun depan.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan, berkata pihak kementerian perlu mengambil tindakan proaktif bagi menangani kekosongan sedia ada dengan menempatkan graduan pendidikan universiti atau menambah bilangan guru sementara.

“Kita mengambil maklum masalah (kekurangan guru) ini. Sebagai langkah strategik, pihak kementerian wajar mengunjurkan keperluan bilangan guru bidang kritikal dengan mengambil kira jumlah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sedia ada dan tawaran bidang pengajian pendidikan.

“Langkah ini penting untuk mengelak dari menghadapi masalah sedia ada dan lambakan graduan pendidikan di bidang yang tidak diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azizee berkata masalah kekosongan guru juga perlu diatasi bagi memastikan proses kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPc) di semua sekolah dapat berjalan dengan berkesan.

“Ini penting demi kelangsungan pendidikan di sekolah-sekolah terutama sekolah kebangsaan yang berada di luar bandar dan kawasan pedalaman,” katanya.


BH hari ini melaporkan Kementerian Pendidikan ketika ini berdepan kemelut kekurangan pendidik bagi memenuhi permintaan sekolah di seluruh negara.

Di sekolah kebangsaan, kekosongan guru sedia ada direkodkan melebihi 6,000 orang, tetapi keluaran IPGM hanya membabitkan 1,676 guru yang akan ditempatkan pada November ini.

Berdasarkan maklumat pada laman sesawang Kementerian Pendidikan, data setakat Januari lalu menunjukkan ada 7,772 sekolah rendah di seluruh negara dengan lebih 2,2727,068 murid, namun hanya ada 182,587 guru. – BH Online

Kategori