Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘SOP Pelitup Muka Berlandaskan...

PUTRAJAYA : Pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat khalayak ramai masih menjadi...

Rita Rudaini Duduk Wad...

AKTRES jelita Rita Rudaini dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di ibu...

Facebook Tergendala, Jejaskan Pengguna...

SEOUL - Facebook tergendala selama kira-kira 40 minit, menjejaskan pengguna di Amerika Syarikat...

IKEA Mula Ambil Pekerja...

KUALA LUMPUR - Gedung IKEA Malaysia yang ketiga di negara ini bakal dibuka...

Kementerian Nafi Dakwaan Rafidah Isu Tanah Kem

SANGKAL… Kementerian Pertahanan menafikan dakwaan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz mengenai tanah kementerian itu yang kononnya berjaya dimiliki oleh tiga individu pada ketika ini.

Sebaliknya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di ibu negara lewat semalam, isu tanah milik kementerian berkenaan sebenarnya melalui prosedur ketat ditetapkan dan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara.

Meskipun tidak merujuk kepada pemindahan Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur yang dibangunkan untuk projek Bandar Malaysia, kenyataan itu menjawab tohmahan Rafidah yang tular disensasikan netizen propembangkang.

Berikut ialah kenya­taan penuh Kementerian Pertahanan berhubung isu tanah tersebut:

Penjelasan berhubung persoalan dan isu yang dibangkitkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz melalui surat terbuka kepada Perdana Menteri pada 8 April lalu khususnya mengenai pemindahan milik tanah Kementerian Pertahanan kepada syarikat swasta.

Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz kononnya terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu yang mengawal pelaksanaan projek-projek mengikut kaedah land swapping oleh Kementerian Pertahanan adalah tidak benar.

Selain itu, dakwaan beliau ko­nonnya keseluruhan tanah Persekutuan yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan dipindah milik kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh tiga individu ini juga adalah tidak benar.

Secara umumnya, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan projek-projek pembangunan melalui pelbagai kaedah termasuklah penswastaan secara land swap.

Lantikan syarikat-syarikat yang berjaya adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Setiap projek pembangunan dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan di antara satu sama lain.


Secara prinsipnya, pelaksanaan projek Kementerian Pertahanan melalui kaedah land swap merupakan mekanisme yang telah diguna pakai dalam rangka mo­del kerjasama awam swasta, PPP (Public Private Partnership) yang telah diselaraskan oleh UKAS.

Setiap projek pembangunan melalui kaedah penswastaan secara land swap yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa Kementerian dan Jawatankuasa UKAS sebelum diangkat kepada jemaah menteri untuk mendapat kelulusan prinsip.

Setelah kelulusan prinsip diperoleh, cadangan projek pemba­ngunan tersebut perlu mendapat perakuan daripada Jawatankuasa UKAS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah UKAS dan Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta yang dipengerusikan oleh Tan Sri KSN (Ketua Setiausaha Negara).

Proses ini melalui pelbagai peringkat dan saringan sebelum dibawa semula kepada jemaah menteri untuk diteliti satu persatu sebelum kelulusan perlaksanaan.

Tanah Kementerian Pertahanan yang terlibat dengan kaedah land swapping dilaksanakan setelah mendapat persetujuan end user seperti Tentera Darat, TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia).

Pertimbangan penempatan kem-kem mengambil kira lokasi strategik, keselamatan kem, kesesuaian dengan tugas-tugas operasi serta keselamatan penduduk sekitar. Oleh itu, kem-kem tersebut perlu ditempatkan semula di kawasan-kawasan yang lebih sesuai. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori