Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Tarik Sokongan...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi menarik...

Video Nahas: Sikap Bebal...

SEGALA-GALANYA telah dipelajari ketika mengambil kelas memandu, baik memberi signal ketika membelok mahupun...

“Memang Nombor Akaun Bank...

PIHAK pengurusan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengesahkan nombor akaun CIMB Bank yang tular...

12 Tahun Tsunami: 400...

BANGKOK - Genap 12 tahun kejadian tsunami Lautan Hindi pada 26 Disember 2004,...

Kementerian Hal Ehwal Agama Adakan Solat Sunat Esok

SHAH ALAM – Sesi penyampaian amanat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berlangsung esok akan dimulai dengan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat.

Majlis kesyukuran dan amanat yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin, Putrajaya dijangka bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Majlis yang dianggarkan berlangsung selama satu jam setengah itu dijangka berakhir pada jam 10 pagi.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, ketua agensi dan seluruh warga kementerian berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff telah melaporkan diri di kementerian berkenaan tepat jam 10 pagi hari ini.


Langkah beliau sebelum memulakan tugas dimulai dengan solat sunat hajat bersama kakitangan KPWKM dengan diimamkan oleh Ustaz Mohd Zaid Jumali.

Turut mengiringi Siti Zailah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Halimah Ali dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr. Rosni Adam.

Kategori