Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tahanan Reman 2 Suspek...

IPOH - Tahanan reman terhadap dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes menetak...

Setahun Lepas Ibunya Pergi,...

SIAPA sangka, tahun lalu Amat Saruna telah kehilangan isteri tercinta dan semalam, dia...

Grab, Palang Merah Jalin...

KUALA LUMPUR - Grab bersama Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah...

Anak Malaysia Kagumi Tren,...

MAKKAH - Siapa sangka, di celah-celah 350,000 penumpang tren haji, Al Mashaaer Al...

Kemenangan Anifah Aman Di Parlimen Kimanis Terbatal

KOTA KINABALU – Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kemenangan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu terbatal.

Keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Hakim Lee Heng Cheong berkata, penambahan kertas undi tidak berkaitan adalah satu kesalahan serius yang telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu, justeru kemenangan tersebut terbatal.

Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar Negeri, memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi. Beliau mendapat 11,942 berbanding 11,786 undi yang diraih oleh calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang.

Pada 18 Jun lalu, Karim menamakan Anifah sebagai responden pertama, manakala Pegawai Pilihanraya Parlimen Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.


Pada September tahun lalu, Anifah meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Semasa kempen PRU-14 lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah. – Sinar Harian

Kategori