Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pesuruhjaya PAS Perak Kena...

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman...

El Nino: Pengusaha Akuakultur...

KUALA LUMPUR - Seramai 215 pengusaha akuakultur di Pahang terpaksa menanggung kerugian RM4.6...

2 Penunggang Motosikal Maut...

ALOR GAJAH - Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

Viral… Lelaki Malaysia Kahwin...

SEORANG lelaki tempatan bernama Muhammad Hakim Azhar tiba-tiba menjadi popular dan perbualan hangat...

Kembara Mahkota Johor Berakhir 808 Kilometer

SELEPAS melalui jarak perjalanan sejauh 808 kilometer merentasi kesemua 10 daerah, Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20 menutup tirainya di Hutan Bandar Putra, Kulai di sini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menamatkan misi kembara empat hari bermula pada Sabtu minggu lalu dengan memandu kereta beroda tiga Morgan ke lokasi penutup acara kira-kira pukul 4 petang Selasa.

Keberangkatan tiba baginda diiringi dengan sepuluh buah kenderaan sama serta motosikal Harley Davidson disertai pelbagai acara penuh meriah itu disambut kira-kira 5,000 penduduk setempat sebagai tanda sokongan.

Turut berangkat pada majlis itu, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah serta Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Hadir sama ialah Datuk Md. Jais Sarday selaku wakil rasmi kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Beliau dan Pegawai Daerah Kulai, Md. Za’nal Misran kemudian menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua jabatan yang terbabit dalam KMJ 2017. Sultan Johor bersama rombongan turut diraikan pada Majlis Penutup.

Terdahulu, sebanyak 500 batang pokok nadir terdiri daripada 13 spesies ditanam serentak di Taman Botani Seri Medan di sini, hari ini sempena hari terakhir kembara antaranya jering, sentul, mentega, putat dan linjau.


Sultan Johor berkenan menyempurnakan acara simbolik penanaman pokok nadir berkenaan di taman rekeasi tersebut yang sebelum ini adalah kawasan perlombongan bijih besi pada tahun 1912 hingga 1984 lalu.

Selesai program berkenaan, Sultan Ibrahim bersama-sama anggota rombongan itu singgah pula di dua perhentian iaitu Dataran Datuk Sukiman Simpang Parit Botak di Batu Pahat untuk beristirahat seketika.

Jelajah diteruskan ke perhentian seterusnya di Kampung Permatang Duku di Pontian sebelum berhenti untuk majlis santapan makan tengah hari di Dewan Orang Ramai, Ayer Baloi di daerah paling hujung benua Asia tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian serta Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Hasni Mohammad yang juga ADUN Benut.

Selesai santapan, Sultan Ibrahim meneruskan perjalanan ke Dewan Semai Bakti Felda Bukit Batu di Kulai sebelum menamatkan jelajah di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai bagi acara penutup. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori