Kematian Pertama Akibat Covid-19 Di Indonesia

JAKARTA – Indonesia merekodkan kematian pertama akibat koronavirus baharu (Covid-19).

Ia sekali gus kematian pertama akibat wabak itu di Asia Tenggara.

Kementerian Kesihatan negara itu berkata, mangsa, wanita berusia 53 tahun adalah warga asing.

Sementara itu, seorang pegawai kementerian, Achmad Yurianto berkata, mangsa sudah kritikal ketika dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran terperinci mengenai wanita terbabit.

“Kedutaan negara terbabit sudah dimaklumkan dan akan menguruskan urusan membawa pulang jasad mangsa,” katanya.

Setakat ini, 26 kes Covid-19 dilaporkan di Indonesia. – Agensi

Loading...