Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terengganu Teroka Bidang Tenaga...

KEMAMAN - Kerajaan Terengganu bertekad untuk menerokai bidang tenaga diperbaharui seperti tenaga solar...

Politik Wang Makin Membimbangkan...

SEREMBAN - Budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti PKR,...

Terengganu Tak Lepas Tangan...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu sentiasa peka dan tidak pernah ‘lepas tangan’...

300 Peserta Sertai Larian...

KUANTAN – Kira-kira 300 peserta telah menyertai Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan peringkat...

Kematian Pelajar Tahfiz: Serah Kepada Polis – Mahdzir

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tahfiz yang didakwa dipukul pembantu warden asrama sekolahnya.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun sekolah terbabit tidak berdaftar di bawah kementerian namun ia tetap dilihat satu isu berkaitan institusi pendidikan di negara ini.

“Kita ucap takziah kepada keluarga murid yang terlibat, walaupun saya difahamkan sekolah tersebut tidak berdaftar namun ia masih merupakan satu institusi pendidikan yang mempunyai pelajar dan guru.

“Sudah tentu perkara ini di luar jangkaan kita, kerana ia melibatkan kesalahan yang berat kita serah pada polis,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Pelajar tahfiz itu dijadual menjalani pembedahan untuk memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pagi tadi, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.


Kedua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak pada bahagian lain tubuhnya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar tahfiz yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya sebagai kes bunuh.

Katanya, kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori