Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ranger Baharu Pacu Jualan...

KUALA LUMPUR - Ford Motor Company (Ford) hari ini mengumumkan jualan runcitnya bagi...

Cipta Cara Baharu Tingkatkan...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbitan akhbar dan wartawan dinasihatkan mencipta cara baharu bagi...

Beza 6 Tahun,...

PENYANYI dan pelakon Anis Al-Idrus, 28, mengakui tidak menganggap perbezaan jarak umur enam...

Isteri Jumpa Video Aksi...

HATI seorang isteri hancur luluh apabila menemui video aksi seks suaminya bersama beberapa...

Kematian Ke-21 COVID-19

KUALA LUMPUR – Seorang bekas peserta perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dilaporkan meninggal dunia, awal pagi tadi berikutan jangkitan COVID-19.

Kematian warga emas berusia 63 tahun yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) itu menjadikan angka korban COVID-19 setakat ini adalah seramai 21 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa yang juga kes ke-1,588 mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Beliau mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac lalu. Hasil ujian pengesahan COVID-19 didapati positif dan beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada keesokan harinya.

“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, sebentar tadi. – BH Online

Kategori