Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Bakar, Kencing Atas Al-Quran...

PEREMPUAN kurang ajar, Sheila Szmerekova, 24, yang sebelum ini merakamkan dirinya kencing di...

Hari Terakhir Allahyarham Fuad...

KUALA LUMPUR - Kepulangan ke Rahmatullah Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (JASA), Allahyarham...

Penunggang Motosikal Maut, Rakan...

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal ditunggang...

Warga Emas Maut Ditembak...

SEORANG lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak seorang lelaki yang...

Kematian COVID-19 Umur 61 Hingga 70 Tahun Paling Tinggi

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati sebanyak 32 kes atau 32.2 peratus daripada 99 kes kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan di negara ini, membabitkan kumpulan umur antara 61 hingga 70 tahun, tertinggi berbanding kumpulan usia lain.

Pada masa sama, kumpulan umur kedua tertinggi pula membabitkan pesakit yang berusia antara 71 hingga 80 tahun iaitu sebanyak 19 kes (19.2 peratus).

Malah, dua kematian yang dicatatkan hari ini juga membabitkan warga emas berusia lebih 61 tahun.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dapatan itu berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui kajian kematian (mortality review) terhadap 99 daripada 105 kes kematian yang dilaporkan di Malaysia.

Beliau berkata, golongan warga emas didapati agak terjejas dengan wabak COVID-19 dengan banyak kes jangkitan dan kematian berkaitan COVID-19 dalam kalangan kumpulan umur 60 tahun ke atas, direkodkan.

Katanya, warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik.


“Ini satu isu global yang dihadapi oleh negara-negara yang terjejas dengan wabak ini.

“Walaupun kita belum memahami sepenuhnya jangkitan COVID-19, apa yang jelas ialah risiko jangkitan meningkat mengikut usia, dan individu yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan barah).

“Faktor risiko penyakit NCD (seperti merokok dan obesiti) adalah lebih berisiko untuk mendapat gejala jangkitan COVID-19 yang lebih teruk dan risiko kematian lebih tinggi,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini. – BH Online

Kategori