Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Covid-19 Bukan Lagi Darurat...

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 kini bukan lagi dikategorikan sebagai darurat...

Zahid Dan Ab Rauf...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi...

LHDN Nafi Minta Maklumat...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial setakat...

RM3,000 Tak Cukup, Rita...

MAHKAMAH pada Isnin telah memutuskan bahawa bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan diarahkan untuk...

Kematian Covid-19 9 Hari Berturut-Turut Di Sabah

KUALA LUMPUR – Hari ini masuk hari kelapan kematian akibat pandemik Covid-19 berlaku di Sabah dengan merekodkan lima kes daripada enam kematian yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sejak 8 Oktober lalu, semua kes kematian Covid-19 yang dilaporkan KKM berlaku di negeri itu, hanya hari ini ada satu kematian direkodkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Enam kematian yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 dalam negara bertambah kepada 176 kes.Mengulas lanjut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke 171 membabitkan kes ke 11,628 iaitu lelaki berusia 66 tahun.

Katanya, beliau mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan strok serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

“Kes kematian ke 172 membabitkan kes ke 15,853 iaitu lelaki berusia 72 tahun. Beliau mempunyai penyakit jantung dan disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

“Bagi kematian ke 173 ialah lelaki berusia 39 tahun dan mempunyai penyakit strok. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna,” katanya pada sidang media harian Covid-19, di sini hari ini.


Sementara itu bagi kes kematian ke 174, Dr Noor Hisham berkata, ia membabitkan wanita berusia 74 tahun dan mempunyai beberapa penyakit kronik.

“Beliau mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

“Bagi kes kematian ke 175 dan 176 ia membabitkan lelaki dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth dan Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya. – myMetro Online

Kategori