Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR : "Saya dengan rendah hati memohon maaf", pinta Ahli Parlimen Muar,...

Kritik Servis Grab, Lelaki...

PERKHIDMATAN carpool Grab dan Uber boleh dikatakan menjadi pilihan pengangkutan utama masyarakat di...

Subhanallah.. Satu Team Bola...

Seramai 23 pemain bola sepak pelapis untuk pasukan kebangsaan Cameroon memeluk Islam beramai-ramai...

Budak 5 Tahun Koma,...

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun kini koma selepas terjatuh dari ketinggian...

Kemasukan 600 Konstabel Wanita Diteruskan – KPN

KENYATAAN berhubung pembatalan kemasukan 600 konstabel wanita oleh ‘pesara kontabel wanita’ yang lepas menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil menafikan dakwaan tersebut.

Lapor Berita Harian, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua calon berkenaan yang sepatutnya melapor diri ke pusat latihan pada April lalu telah ditangguhkan bukan dibatalkan terus.

“Bagaimanapun, kemasukan itu terpaksa ditunda berikutan semua jurulatih terbabit dalam penugasan bantuan sumber manusia dalam memastikan PRU-14 berjalan lancar dan sempurna.

“Latihan juga tidak dapat dijalankan sebaik saja selesai pilihan raya kerana PDRM mengambil kira kebajikan calon yang semestinya berhasrat untuk menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga sebelum mereka menjalani latihan asas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PDRM akan mengeluarkan surat tawaran baru kepada 600 calon yang menerima surat tawaran sebelum ini secara berperingkat.

Terdahulu, pesara kontabel wanita telah mengeluarkan kenyataan dengan mengaggap PDRM telah membatalkan surat tawaran yang telah diterima oleh 600 calon konstabel wanita.


Penulis juga menyatakan rasa terkilan kerana keputusan tersebut membebankan mereka yang sudah membeli peralatan latihan seperti mana ditetapkan dalam surat tawaran.

Selain itu juga, penulis berpandangan pembatalan terbabit turut menjejaskan kehidupan sesetengah calon yang berhenti kerja selepas menerima tawaran untuk berkhidmat dengan PDRM. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori