Kem JDT Terpalit Virus Influenza

KUALA LUMPUR – Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards mengesahkan 10 pemain skuad utama Harimau Selatan, empat (JDT II) dan tiga (JDT III) dijangkiti virus Influenza.

Jelasnya, selain pemain, beberapa jurulatih serta kakitangan yang menjalani ujian turut positif dan dijangkiti virus berkenaan.

“Pihak kelab telah mengambil langkah untuk mengawal penularan virus dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan.

“JDT juga telah melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru untuk memastikan persekitaran yang selamat bagi semua,” katanya dalam satu status yang dimuat naik dalam Facebook Johor Southern Tigers malam tadi.

Loading...