Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Jerebu: Arahan Semua Sekolah...

SHAH ALAM - Dakwaan semua sekolah termasuk swasta di Selangor akan ditutup selama...

Malaysia Bangga Dengan Anda,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga terhadap...

Kerajaan Gesa Syarikat Penerbangan...

Semua syarikat penerbangan di negara ini perlu segera menurunkan harga tambang penerbangan tanpa...

‘Kem COVID’ Bantu Kurangkan Jangkitan Perawat, Pesakit

JOHOR BAHRU – Prihatin dengan keselamatan dan keselesaan petugas di barisan depan, Hospital Sultan Ismail (HSI) mengambil inisiatif menambah baik Pusat Saringan COVID-19 yang juga disebut ‘Kem COVID’ dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan antara perawat dan pesakit.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI, Dr Maryam Sumaiya Ahmad Termizi, berkata pusat itu kini didirikan dengan menggunakan khemah tertutup berhawa dingin berbanding khemah yang hanya ditutupi kanvas, sebelum ini.

Perawat juga kini bertugas di dalam khemah lut sinar itu dengan menggunakan sarung tangan bagi mengurangkan jarak antara pesakit.

Menurutnya, hasil cetusan idea daripada doktor, penolong pegawai perubatan dan pegawai perhubungan awam HSI, pusat itu berjaya didirikan dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya membabitkan badan bukan kerajaan dan syarikat korporat.

“Jika jarak antara petugas dan pesakit dapat dijaga, ini boleh mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas. Selain itu, pembinaan khemah yang berasingan dan berhawa dingin dapat mengurangkan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan memberikan keselesaan kepada petugas.

“Sebelum ini, petugas kami bila tanggalkan PPE habis basah seperti mandi, tetapi dengan khemah ini lebih selesa dan moral mereka lebih tinggi untuk bekerja dan berkhidmat,” katanya kepada BERNAMA ketika tinjauan di Kem COVID di HSI di sini, hari ini.


Beliau, yang berkhidmat di HSI sejak 2014, bagaimanapun menjelaskan bahawa perawat masih bertugas di luar dengan menggunakan PPE bagi mengambil sampel pesakit seperti kanak-kanak.

Sebelum ini, pesakit perlu membuat saringan di bahagian Jabatan Kecemasan yang kebiasaannya akan mengalami kesesakan.

Beliau berkata, selain berhawa dingin, pusat berkenaan juga mempunyai kemudahan lain seperti tempat rehat, ruang solat dan tandas untuk perawat.

“Malah untuk pesakit juga kami sediakan ruangan untuk solat serta tandas bergerak oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru yang dapat memudahkan mereka sementara menunggu giliran,” katanya.

Kategori